Saya masih tak sempat lagi nak mengisahkan program "bercerita" saya sempena Majlis Menghayati Isra' dan Mikraj Rasulullah SAW untuk Anak-Anak Muslim di Masjid Shah Alam. Jenuh juga mencari sumber dan kemudian meng'edit'nya kepada bahasa yang mudah difahami untuk "diceritakan" anak-anak muslim sekitar Shah Alam. Namun, kesusahan mencari bahan itu memberi impak yang besar kepada diri saya apabila "terpaksa rela" bersusah payah menelaah dan mengkaji secara am kisah perjalanan Rasulullah itu. Alhamdulillah ...
Nanti saya "copy paste" sahaja tulisan saya untuk program bercerita itu. Kalau pembaca sekalian tak faham apa yang saya tulis, maka agaknya, anak-anak itu pun tak faham apa yang saya ceritakan dengan bersungguh-sungguh pada hari itu :). Namun, saya yakin anak-anak remaja muslim yang hadir pasti faham dengan bahasa-bahasa tadika yang saya gunakan hari itu. :) Tapi, yang manisnya ... penat juga bercerita dengan kanak-kanak, kerana selepas itu saya dihujani soalan-soalan yang pelik :)
Gambar pun tak sempat nak ambil sebab kalut nak bercerita dan menjawab soalan anak-anak, termasuk soalan Abang Amir yang membuat semua terkedu, "Umi, Kenapa Nabi tu tak naik ke angkasa lepas dengan Decepticon Starscream? Boleh ker burung Buraq tu terbang ke angkasa lepas? Besar sangat ker burung tu?". Hadirin segera bertanya apakah "Decepticon Starcream" itu. Saya agak malu untuk menjawab kerana pastinya mereka tahu saya telah menonton cerita Transformer 2. Namun, saya tetap menjawab bahawa "Decepticon Starscream" itu adalah kapal pejuang musuh yang boleh bertukar kepada robot. Hadirin hanya tersenyum dan kemudian baru lah mereka tergelak sendiri mengenangkan soalan Abang Amir. Ish ish ish, anak sapa la ni? (Dengan nada Abi) :)
Apapun terima kasih kepada Pn Zaharah dari Tunas Islam atas jemputan. Semacam rasa serik nak berprogram dengan anak-anak kecil, namun memandangkan anak-anak saya juga masih tunas dan kecil yang perlu didedah, dididik dan diterap dengan nilai-nilai dan displin Islam, maka saya akan cuba yang termampu.
Dua hari yang sibuk di pejabat, siang harinya. Malam harinya yang bertahan dan bersabar dengan anak-anak yang meminta perhatian dan kasih sayang. Kepulangan Abi tidak lama lagi akan "melengkapkan kesibukan" saya. Alhamdulillah ... untuk setiap ketentuan ini. Masa akan terus berlalu dan hanya akan berakhir apabila nyawa diambil oleh Izrail. Maka, wahai diriku yang serba kekurangan ... berkerja dan berusaha lah apa yang kamu impikan untuk kehidupan mu seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi, namun bertaubat, beramal dan beribadat lah untuk akhirat mu seolah-olah kamu akan mati esok.
Wasalam.






2 comments:
mummy insyirah,
i ada kat program tu, seronok tgk you bercerita. semangat dan ceria.
i pun pergi tgk transformer jugak dgn anak-anak. apa yg nak dimalukan. tapi, soalan anak boy you tu mmg impressive!
all the best to you!
i admire you ...
Post a Comment