.: razyana :.

My Photo
Ilyana Ar Razi
Shah Alam, Selangor, Malaysia
HambaNya, Isteri seorang pencinta, Umi 3 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 3 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com
View my complete profile

Program November 2009


14 Nov 2009 - Majlis Iftitah Wal Takhrij, Restu Kids

18 - 20 Nov 2009 - 4th International Shariah Scholars Forum 2009 : Islamic Financial Product, Originality @ Replication of Conventional Banking @ Nikko Hotel, Kuala Lumpur.

22 Nov 2009 - Konsert Opick & In Team @ Kompleks Serbaguna TNB, Bangsar (Hampir dgn Stesen LRT Putra, Abdullah Hukum.

Kem Smart Hafiz

Kem Smart Hafiz

Monday, July 20, 2009

Jom Istighfar

Salam,

Rasulullah SAW bersabda : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 kali sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)".

Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 kali sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai sasaran ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan di keluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita".

Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk:-

- Kesihatan yang baik
- Umur yang panjang dalam keberkatan
- Kasih sayang dari pasangan, anak-anak, ahli keluarga dan sahabat-sahabat. Kasih sayang dari Allah pastinya.
- Anak-anak yang soleh solehah.

Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:-

1. Tuturkata / percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Tapi bagaimana para suami ingin menambat hati isteri?

Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu di kalangan isteri-isteri baginda. Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijah lah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya".

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah. Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah."

Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi, "Nak buat baik, Sangatlah mudah, Maniskan wajah, Lembutkan lidah".

Renung-renungkan dan selamat beramal (Ust Izi, HotFM)

Wasalam.

0 comments: