.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Tuesday, July 14, 2009

Alhamdulillah

Salam,

Alhamdulillah ... segala puji hanya pada Allah atas nikmat suka dan duka, manis dan pahit yang dikurniakan dalam kehidupan kami sekeluarga. Setiap yang berlaku, kesannya semakin mengeratkan hati-hati kami.

Khabar berita dari hubby sedikit sebanyak melegakan hati-hati dengan khabar yang positif. Kami disini akan terus berdoa agar urusan hubby disana dipermudahkan. Ameen.

Semoga harapnya dapat pulang sebelum 15 Ogos ini untuk menghadiri Majlis Konvokesyen LL.M saya. Tapi kalau tidak diizinkan Allah, saya menerima dengan berlapang dada. Ayah Mama dan anak-anak ada sebagai peneman dan penyeri majlis. Namun, pengharapan dan doa saya panjatkan agar hubby ada bersama. Ameen.

Untuk kisah pendek sebagai tatapan hubby, Abang Amir dah mula berani ke kelas mengaji. Jika tidak, sebelum ini hanya di rumah bersama saya belajar mengaji. Malam tadi dengan penuh semangat dia bersama Insyirah ke kelas mengaji. Saya memberitahu Ustazah bahawa malam semalam adalah percubaan sahaja kerana kuathir semangat itu hanya sementara. Sebelum meninggalkannya, Abang Amir mengucup saya berulang kali dan sempat berkata "Umi, doakan Abang pandai yer". Saya membalas, "Itu doa umi setiap masa pada Allah, tapi Abang kena belajar la dan usaha yer, jangan pemalu sangat". Wajahnya agak pucat, mungkin berdebar-debar. Saya melihat dia beredar sehingga hilang dari pandangan mata saya. Dalam hati saya berdoa semoga Allah beri kelapangan hati dan semangat untuknya.

Tinggallah saya dan Abang Isyraf berdua. Seronok sangat dia kerana saya memberi sepenuh perhatian kepadanya. Saya berkata kepadanya sambil mendepangkan dada, "I'm yours Abang Isyraf (macam lagu Jason Mraz pulak)". :) Isyraf terkekek-kekek dan meluru menggomol saya. Puas ... kerana kakak dan abangnya tiada untuk bersaing mendapatkan perhatian saya.

Isyraf ni susah betul nak ambil gambarnya, kerana dia akan menyibuk untuk melihat skrin kamera. Mungkin dia menganggap dirinya ada di dalam skrin. Macam kakak dan abangnya jugak :) Gambar Isyraf dengan rambut baru belum lagi saya ambil. Untuk tatapan hubby, insya allah nanti ...

Semua baju Isyraf dah tak muat terutama di bahagian perut. Dia dah mula berkongsi baju dengan Abang Amir. Baju baby Isyraf dah mula simpan masuk kotak.

Basikal Giraffe ni hadiah dari Uda untuk Isyraf, tapi kakak dan abangnya yang berebut nak naik.

Wasalam.

No comments: