.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Friday, July 31, 2009

Konsert Antara Dunia ... Esok !

Salam,

Saya dan anak-anak telah membeli tiket! Tiada salah kita berhibur sambil beramal dan memuji-muji Allah SWT. Sempena ulangtahun perkahwinan saya dan suami yang ke 7 ... Alhamdulillah. Diraikan bersama anak-anak, rezeki dari Allah jua, tanpa suami disisi ... masih tetap meriah dan indah.

INFO: Konsert Antara Dunia

- Konsert ini bakal mencipta sejarah apabila menampilkan konsep penceritaan lima alam iaitu alam roh, kandungan, kelahiran, barzakh dan akhirat.

- Oleh Rabbani, Raihan, Hijjaz dan Shoutul Harokah dari Indonesia.

- Tiket serendah RM5 untuk kanak-kanak dan RM10 (dewasa).

- Tiket VIP berharga RM50 dan untuk pakej keluarga yang membabitkan dua tempat duduk VIP dan empat kanak kanak boleh didapati dengan harga RM100.

- Untuk keterangan lanjut bolehlah menghubungi talian 603-6272 1225 atau 013- 628 8614
atau layari laman web, www.rabbani.com.my.

- Selain itu, tiket juga boleh dibeli secara talian terus melalui laman web www.gamisconcert.blogspot.com.

Jumpa di sana. Insya Allah ...

Wasalam

No comments: