.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Friday, July 24, 2009

Derita di hati siapa yang tahu ... Allah jua

Salam,

Saya terkesan selepas membaca entry saya yang bertajuk "Allah selamatkan saya ketika derita". Abi memberinya kepada saya melalui email dan pada kali pertama saya membacanya, saya menangis ... lalu saya copy paste di laman saya ini. Tulisan pengalaman En Azamin Amin itu telah membuat saya terkenang kehidupan saya dahulu kala. Tujuan saya hanya sekadar peringatan dan pedoman kepada anak-anak saya kelak apabila mereka terbacanya (andainya laman ini masih wujud ketika itu).

Saya dan suami berkahwin di usia muda, 22 tahun. Ketika itu saya di tahun akhir Sarjana Undang-Undang, UKM dan suami baru pulang dari Mesir dan melanjutkan pengajian di Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Insyirah saya lahirkan di usia 23 tahun, 2 hari selepas tarikh Konvokesyen Sarjana Muda Undang-Undang saya. Abang Amir dilahirkan ketika saya berusia 25 tahun.

Apa yang nak dikisahkan, di usia masih muda dan baru memulakan kerjaya, kami telah mempunyai 2 anak kecil. Pastinya kewangan pada ketika itu amat "ketat" kerana bayi dan anak-anak kecil memerlukan kos perbelanjaan kehidupan yang tinggi berbanding kanak-kanak. Itu termasuklah susu untuk infant yang agak mahal, kain lampin moden dan kos nursery.

Namun syukur, Ayah Mama dan Mak Abah yang "berduit" banyak membantu kami. Mak Abah bagi kami menumpang di rumah mereka yanng besar dan panjang. Mama Ayah pula menyediakan susu dan pampers untuk Insyirah. Walaupun Ayah Mama dan Mak Abah kami "orang senang", tapi kami ada pendirian kami sendiri. Tak kan masih nak bergantung dan meminta-minta dari mereka. Kami hadapinya berdua. Apabila Abang Amir lahir kami telah mula hidup sendiri dengan 2 orang anak. Maka, kos elektrik, air dan bil telefon juga telah termasuk dalam perbelanjaan kami. Terasa perit tetapi kerana iman dan kasih sayang kami terus bersabar dan bertahan.

Ada kalangan sahabat menyatakan kesusahan dan kesempitan jika berkahwin di usia muda. Namun, saya membalas walaupun kami tidak mewah dengan wang ringgit kerana perbelanjaan yang meningkat, rezeki itu bukan hanya wang ringgit. Kami dikurniakan 2 orang anak yang sihat dan comel, kesihatan yang baik, keputusan peperiksaan yang cemerlang dan kasih sayang yang sentiasa hangat. :) Itu kan rezeki dari Allah juga?

Ada kalangan sahabat yang berkahwin lambat @ memperolehi anak lewat, pastinya mereka mempunyai ruang yang lebih untuk bersama pasangan dan merancang kewangan. Rezeki masing-masing la kan. Pasti ada hikmah di sebalik segalanya.

Ada tempoh-tempoh kesukaran yang kami lalui yang masih saya ingat. Cumanya ... apa yang ingin saya ingatkan ialah keberkatan dalam setiap yang kita lakukan. Keberkatan tugas yang kita lakukan dan keberkatan wang ringgit yang kita perolehi kerana ia menjamin kebahagian sesebuah keluarga. Anak-anak perlu dibesarkan dengan sumber rezeki yang halal dan bersih.

Sehingga ke saat saya menulis ini, saya bersyukur dengan apa yang telah Allah duga kami dan apa yang telah Allah kurniakan pada kami. Di usia 29 tahun ini saya telah mempunyai 2 anak yang sedang membesar dan akan bersekolah dan seorang baby yang montel dan cerdik yang menceriakan hati saya setiap hari. Walaupun saya berkerjaya, di jiwa muda saya (perasan la tu), saya sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak saya, diri saya, suami saya dan keluarga saya. Bukan yang terbaik untuk meninggi diri menongkah dunia tetapi yang terbaik untuk menghadapi dugaan-dugaan akhir zaman ini. Saya mahu mereka bersedia dari segi fizikal, mental dan jiwa untuk menghadapi dunia akhir zaman ini.

Walaupun saya sibuk melanjutkan pelajaran di usia anak-anak membesar, saya mahu serapkan semangat dan kekuatan di dalam hati-hati mereka. Mungkin di usia ini mereka tidak mengerti apa yang saya sibuk "contengkan", namun saya yakin apabila mereka meningkat dewasa, ada sesuatu yang bermanfaat yang boleh saya kongsikan dan imbau kembali dengan mereka tentang perjalanan hidup saya.

Saya cuba merancang yang terbaik untuk hidup saya tetapi saya dapat lihat dan boleh buktikan bahawa perancangan Allah itu adalah yang terbaik dari yang terbaik. Alhamdulillah. Hanya Allah Maha Mengetahui hati hambanya ini. Kerana adakalanya suami saya juga tidak tahu apa yang saya rasa dan fikirkan. Begitu juga saya adalakanya tidak tahu apa yang suami saya rasa dan fikirkan. Begitulah lumrah perkahwinan, "perbezaan" dari pelbagai aspek diri dan pemikiran mengajar kita erti kehidupan yang sebenar. Tiada yang sempurna, kerana kesempurnaan itu milik Allah.

Semua orang mahu yang terbaik dan bercita-cita, maka berusaha, berdoa dan bermunajatlah pada Allah. Setiap orang pasti ditempuh dugaan dan kesedihan, begitu juga saya. Cumanya, saya seseorang yang "tidak berminat" berkongsi kesedihan dengan sesiapa apatah lagi diluahkan di laman ini. Jadi, ianya bermaksud, tidak la saya ini gembira dan bahagia setiap masa (seperti yang disangkakan oleh Cik Laila) :). Kerana, hanya Allah yang layak mendengar setiap rintihan dan kesedihan hati saya, kesannya ... hati saya kembali tenang selepas itu. Yang utama, yakinlah kita kepada bantuan dan kasih sayang Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Saya cintakan Allah, kerana Dia adalah Pemilik saya.

Saya cintakan Rasulullah, kerana dia Kekasih Pemilik saya.

Saya cintakan Suami, kerana dia adalah titian untuk saya ke Syurga Allah.

Saya cintakan Anak-Anak, kerana mereka adalah amanah Allah kepada saya.

Saya cintakan segala yang memberi manfaat kepada saya untuk mencapai RedhaNya.

Wasalam.

Kepada En Azamin Amin, yakinlah dengan kasih sayang dan bantuan Allah kepada hamba-hambaNya.

Wasalam.

1 comment:

mala said...

akak,

sedey la baca entry ni!

i luv u!