Salam,
Seawal 7 pagi semalam, kami 3 beranak telah bertolak ke Bangi kerana Insyirah perlu menghadiri Ujian Kelayakan Kemasukan ke Sekolah Rendah Agama Integrasi. Kami tiba awal, namun kawasan sekolah telah dipenuhi oleh ibubapa dan bakal pelajar.
Seramai 400 orang akan menduduki ujian ini, namun hanya 200 sahaja yang akan dipilih. Dengan No. Giliran 051, Insyirah di tempatkan di sebuah kelas yang telah ditetapkan. Ujian bermula dari 8.30 pagi hingga 10.30 pagi meliputi Ujian Bertulis untuk BM, BI, Math, BA dan Pendidikan Islam. Kemudian disusuli dengan Ujian Lisan Membaca BM, BI dan BA.
Kelihatan ibubapa yang bersemangat memberi semangat dan keyakinan kepada anak masing-masing. Insyirah ditempatkan di meja paling hadapan, dan dia kelihatan relaks dan OK! Perasaan saya ketika itu yang berdebar-debar. Ujian dimulakan dengan guru membaca arahan. Insyirah tersenyum-senyum melihat saya, membuatkan jantung saya berdegup kencang. Saya perlu beredar dari hadapan kelas untuk menenangkan hati dan supaya tidak mempengaruhi Insyirah.
Dari jauh, saya mengangkat tangan melambai ke arah Insyirah, memberitahu yang saya akan ke kantin. Insyirah mengangguk dan tersenyum. Saya membalas senyuman dengan menunjukkan isyarat "thumbs up", dan berkata "SEMANGAT KAKAK!" dan "UMI SAYANG KAKAK, BUAT ELOK-ELOK".
Ketika itu terasa sayu yang teramat, mata dah bergenang, cepat-cepat saya menahan dari air mata saya jatuh. Sayu kerana amat BERSYUKUR di usia 29 tahun ini dan keupayaan kini, anak sulung saya telah berusia 6 tahun dan akan menempuhi suasana alam persekolahan yang baru tahun hadapan. Terasa pantas masa berlalu, semakin berat amanah yang saya pikul untuk membesarkan anak-anak. Namun, amanahNya yang berat ini akan saya pikul dengan kudrat dan kekuatan yang saya perolehi jua dariNya. Insya Allah.
Saya dan Abang Amir berehat di kantin sekolah sambil makan Nasi Lemak dan Teh Tarik. Saya sedar bukan mudah untuk memasuki sekolah ini. Yang menduduki ujian juga pasti yang terbaik dari kalangan ibu bapa yang terbaik.
Saya hanya telah berusaha menyediakan Insyirah untuk menghadapi ujian ini dan terus berdoa memohon pertolongan Allah. Insyirah juga telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghadapi ujian ini. Andai ada rezeki untuknya yang telah ditetapkan oleh Allah, Insya Allah dia berjaya. Andainya ditakdirkan Insyirah tidak terpilih, saya tidak kecewa kerana mungkin ada yang lebih baik untuk Insyirah. Cumanya, yang saya kagum, kesungguhan yang Insyirah tunjukkan untuk menuntut ilmu. Kejayaan itu kurnian dan anugerah Allah, yang penting kita usaha sedaya mungkin.
15 minit sebelum pukul 10.30 pagi saya ke kelas tempat ujian Insyirah. Kelihatan dia sedang bersenang-lenang. Saya terkejut lalu bertanya, "Dah siap ker?" secara berbisik. Insyirah menjawab "Kakak dan siap". Dalam hati saya berkata, "Cepatnya". Risau melihat telatahnya yang duduk di meja paling hadapan tersengih-sengih memandang kiri kanan. Saya melihat anak-anak lain sedang melalui Ujian Lisan, saya bertanya lagi pada Insyirah, "Kakak dah Ujian Lisan?". Insyirah membalas dan tersengih lagi, "Dah". Alhamdulillah, selesai. Maka, sesi ujian pun tamat dan bakal pelajar dibenarkan pulang.
Sepanjang perjalanan ke kereta, bermacam-macam yang saya tanya pada Insyirah tentang Ujian Kelayakan ini. Insyirah hanya tersenyum dan berkata "Boleh, Insya Allah". Jawapan itu tidak memuaskan hati saya, namun saya sedar itu tersirat makna yang mendalam baginya. Melihat Insyirah malas nak menjawab soalan-soalan saya, maka saya pun malas dah nak bertanya. Saya cuma berkata padanya, "Umi tahu Kakak dah usaha, sekarang kita doa pada Allah minta yang terbaik untuk kakak yer". Insyirah membalas, "Ok umi, jom kita makan-makan".
Alhamdulillah, Ujian Kelayakan Insyirah selesai. Saya tahu Insyirah layak, namun Allah yang lebih layak menentukan dia berjaya atau tidak. Tidak berjaya bukan bermaksud gagal, namun mungkin ada yang lebih baik. Insya Allah.
Insyirah di Lajur Pertama, Baris Ketiga
Selepas membeli bekal makanan anak-anak, saya seperti biasa terus menuju ke Library FUU, UKM. Meneruskan tugas mengumpul bahan untuk research. Seronok kerana tiada sesiapa kecuali kami bertiga bersama kakitangan Library FUU.
Anak-anak sibuk membawa buku masing-masing, namun kali ini saya tahu Insyirah amat penat selama sebulan mengulangkaji, seminggu menghadapi exam, maka saya bagitahu padanya, "Hari ni Kakak rehat la, kakak tunggu je umi siapkan kerja umi". Insyirah membalas, "Kenapa nak rehat?". Dalam hati saya, "Ya Allah, susuhnya nak jawab". Akhirnya saya menjawab, "Sajer, suka-suka", sambil tergelak sendiri.
Maka, Insyirah dan Abang Amir hanya menunggu saya sehingga pukul 5 petang. Adalakalanya tertidur. Di Library FUU ni memang ada TV tapi disebabnya volume nya terlalu perlahan maka oleh sebab itu ia tidak menarik minat Insyirah dan Abang Amir menontonnya. Menonton TV tanpa volume membosankan mereka yang akhirnya tertidur. Berbeza dengan di rumah kerana TV boleh ditonton dengan volume yang kuat.
Hari yang bermanfaat bagi saya kerana banyak bahan kajian yang dapat saya kumpulkan. Balik nanti tugas saya ialah untuk "scan thru" bahan-bahan ini. Alhamdulillah.
Best tidur dalam Library ni, sejuk!
Teringat YM yang Ustazah Siti Hasliza hantar pada saya. Terima kasih sahabat!
Saya telah melalui yang CEPAT, yang LAMBAT dan yang TIDAK. Alhamdulillah ...
Bila Allah Cepat Makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu.
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu.
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu ...
Wasalam.






2 comments:
Salam,,,
Abi2Umi;
Bila agaknya result kakak kuar?
Teruskan didik anak2 ye sayang...Nanti abang menyusul sesegera mungkin.
Doakan studi abang ni habis cepat2 yer :)
Wassalam
Umi 2 Abi,
Salam,
Result tak tahu bila.
Semoga dimudahkan urusan agar balik sesegera mungkin :)
Post a Comment