.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Sunday, May 17, 2009

Hari Lahir Ayah dan Abah

Selamat Ulangtahun Kelahiran ...



Yang ke 60 buat abah mertua saya, Dato' Haji Mohammed Zabidi Bin Dasuki, semalam 16 Mei 2009 dan;


Yang ke 57 buat ayah saya Haji Dzulkifli Bin Ramli (yang sedang berada di Napier, New Zealand), pada hari ini 17 Mei 2009.

Salam sayang dari kami sekeluarga, Razzi, Yana, Insyirah, Abang Amir dan Abang Isyraf untuk kalian berdua, semoga dipanjangkan usia dalam keberkatan dan ketaatan sepenuhnya kepada Allah. Doakan kami sehebat dan sebaik kalian.

Abah Saya,

Lahir di Kampung Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak pada 16 Mei 1949

Anak sulung dari 5 adik beradik.

Mendapat pendidikan di Sek Ren (tak tahu, sebab tak sempat tanya), SMKA Izzudddin Shah, Perak, Kolej Islam Malaya dan Universiti Malaya.

Hobi masa lapang beliau sejak muda hingga kini ialah bertani dan menternak. Beliau mempunyai kolam-kolam ikan ternakan di Beranang, ladang kambing dan lembu di Kuala Kangsar, dusun buah-buahan yang banyak disamping membela arnab, ayam kampung, cacing dan ... (tak pasti).

Seorang yang pendiam kerana lebih banyak berfikir dan kadang kala idea-idea beliau tidak terjangkau dalam pemikiran orang disekelilingnya. Pada saya beliau berpandangan terlaluuuuuuuuuuu jauh :)

Jawatan terakhir beliau ialah Timbalan Ahli Lembaga Pengarah (Deputy Board of Director) EPF @ KWSP di Ibu Pejabat, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Ayah Saya,

Lahir di Kampar, Perak.

Dilahirkan pada 17 Mei 1952 oleh pasangan Aminah dan Abdul Aziz tetapi dibesarkan oleh pasangan Ramli dan Rakibah di Ipoh Perak. Beliau dibesarkan oleh pasangan lain kerana mempunyai adik beradik yang agak besar ketika itu iaitu seramai 13 orang. Beliau anak ke 6.

Mendapat pendidikan di Sek Rendah Ipoh, Sek Inggeris St Micheal, Kolej Agama Perak (sekarang takde dah) dan PJJ UITM.

Hobi beliau melancong sambil menulis dimana beliau telah menjelajah ke serata dunia dan menulis catatan setiap perjalanan beliau. Saya yang menyimpan koleksi-koleksi beliau. Ini kerana beliau amat meminati mengkaji sejarah dan tamadun dunia. Selain itu beliau amat mahir dalam bidang Geografi.

Jawatan terakhir beliau ialah MAS Station Manager di Istanbul, Turki. Sebelum itu telah banyak negara lain beliau bekerja.

Beliau seorang yang baik hati dan peramah. Penuh dengan semangat dan melaksanakan setiap tugas beliau dengan amanah dan tekun. Saya dapat merasakan semangat dan ketekunan saya, diwarisi dari beliau.

Semoga kalian dimurahkan rezeki dan kekal hati dalam iman. Ameen.

Wasalam.

No comments: