.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Sunday, May 24, 2009

Ahmad Amir Isyraf 1 Tahun

Salam sayang,

Untuk abang bulat Umi dan Abi, Ahmad Amir Isyraf, Selamat Hari Lahir yang Pertama pada hari ini 24 Mei 2009.

Setahun yang lalu, Isyraf dilahirkan di Hospital Putrajaya dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Kesedihan umi hanya disebabkan Abi tiada disisi sepanjang tempoh kelahiran. Namun dengan berbekalkan semangat dan kasih sayang yang terpahat untuk zuriat yang bakal lahir, umi hadapinya jua. Syukur, Uwan dan Atuk ada disisi melayan kerenah dan kesedihan umi ketika itu. Sehingga kini, apabila umi mengenangkan saat-saat itu pasti air mata umi mengalir.

Pertama kali kita bertentang mata, umi dapat merasakan kasih sayang Allah lebih dari segala-galanya di atas muka bumi ini. Umi dikurniakan anak yang ketiga, putera yang kedua yang sihat, sempurna sifat (kesempurnaan itu milik Allah yang Maha Sempurna), comel yang amat dan tidak banyak kerenah, seolah-olah memahami kesedihan hati umi ketika itu.

Alhamdulillah, Isyraf terus membesar dengan baik dari segi fizikal, emosi dan perkembangan otak. Seorang baby yang sihat, tidak banyak kerenah, kuat makan, kuat menyusu dan yang paling penting tidak bangun malam (sama seperti kakak dan abangnya), yang membolehkan umi juga tidur dalam rehat yang secukupnya, cumanya sepanjang tidur itu, Isyraf tidak boleh lepas dari dada umi.

Cumanya, umi perhatikan Isyraf tidak boleh terkejut. Ini berbeza dengan kakak dan abangnya. Umi sehingga kini memikirkan apakah punca Isyraf mudah terkejut. Apabila terkejut, Isyraf akan memanggil "Umiiiiii ..........." sekuat hati. Umi akan berkejar memujuk Isyraf.

Pada hari ini, Isyraf sedang berusaha untuk berjalan. Dan sudah boleh memanggil UMI, KAKAK dan UWAN. Isyraf juga diusia ini amat rajin seperti Abang Amir, memegang pensil untuk menulis di atas kertas. Namun, Abang Amir umi tetap yang paling rajin, menulis dan melukis sepanjang hari (sehingga umi sendiri "penat" melihat Abang Amir yang amat tekun). Takpela, yang penting, Abi berpesan, "Di usia anak-anak sebelum 7 Tahun, didik mereka mencintai ilmu dan bukan memaksa mereka". Jadi tak kisahlah Abang Amir nak buat apapun, asalkan beri satu teladan yang baik untuk adik-adik.

Dikisahkan, Isyraf lahir seminggu selepas paper terakhir Master Law, LL.M umi. Paper, International Security Regulation dengan pensyarah kesayangan umi yang hebat, Prof Dr. Aishah Bidin. Alhamdulillah, umi dapat A untuk semua paper semester akhir. Semester akhir Master Law umi ini terpahat satu kenangan yang amat indah dalam hidup umi dimana umi mengandungkan Isyraf dan kemudian menghadapi exam akhir dengan cemerlang walaupun tanpa abi disisi sepanjang tempoh-tempoh kritikal itu.

Umi mahu ia menjadi teladan kepada anak-anak tentang semangat dan usaha serta pergharapan, penggantungan sepenuhnya kepada ALLAH. Walaupun dalam keadaan yang amat sukar, tanpa abi disisi kita, melayan kerenah kakak dan Abang Amir, menyiapkan TESIS, menelaah subjek-subjek untuk exam akhir, berulang alik dari Shah Alam ke Bangi setiap petang, sarat mengandungkan Isyraf di usia 9 bulan dalam kandungan, umi hadapinya jua dengan tabah dan sabar walaupun ada ketikanya hati menjerit kecewa atas penat lelah.

Namun, Allah Maha Mengetahui apa disebalik hati umi ketika itu, belajar bukan untuk menongkah dunia, bukan untuk mendabik dada, tetapi untuk menambah ilmu yang kurang didada, ilmu untuk mendidik anak-anak pada masa akan datang, ilmu untuk membantu masyarakat, ilmu untuk menyumbang kepada Islam. Maka, rezeki dan kejayaan yang cemerlang Allah kurniakan. Alhamdulillah.

Kelahiran Isyraf satu rezeki kurniaan Allah, hadiah untuk umi. Kejayaan yang cemerlang dalam LL.M umi pula adalah hadiah untuk Abi dan anak-anak serta Uwan dan Atok yang memberi umi bantuan sepenuhnya sepanjang tempoh-tempoh kesukaran itu. Doa dan redha Abi juga membuatkan umi berjaya.

Diusia Isyraf dalam kandungan umi 4 bulan, Allah izinkan Umi dan Abi menunaikan Haji di Mekah. Kakak dan Abang Amir diambil oleh Atuk dan Uwan untuk dibawa pulang ke Malaysia. Rezeki dari Allah, umi dan abi mendapat tajaan sepenuhnya dari sebuah syarikat pengambaran Jordan yang dengan usahasama Kerajaan Arab Saudi untuk menunaikan Haji kali ini. Segalanya ditaja. Alhamdulillah.

Walaupun umi telah banyak kali menunaikan Umrah, perjalanan Haji kali ini amat manis kerana bersama insan tersayang Abi dan Isyraf di dalam kandungan. Abang Amir juga pernah berada dalam kandungan umi ketika umi menunaikan Umrah Ramadhan pada tahun 2004. Yang umi pohon ketika itu kekuatan untuk umi menunaikan ibadah Haji. Alhamdulillah dengan izin Allah, umi melalui perjalanan Haji yang mudah dan indah disamping abi.

Sepanjang menyusuri sirah Rasulullah dan para sahabat, setiap saat umi panjatkan doa agar Isyraf di dalam kandungan sekuat, sehebat dan setabah Baginda dan para sahabat apabila berada di dunia kelak. Begitu juga dengan Abang Amir yang berada dalam kandungan ketika umi melaksanakan Umrah Ramadhan dan ketika di Mesir.

Di satu tempat di Mesir, ketika umi menyusuri sirah Nabi Musa AS yang dikejar Firaun dan tenteranya, umi berdoa agar Abang Amir di dalam kandungan akan sekuat, sehebat, setaat dan setabah Nabi Musa AS apabila dewasa kelak. Baginda membelah Laut Merah yang kemudiannya menenggelamkan Firaun dan tenteranya. Umi masih teringat air mata umi yang mengalir ketika menyusuri perjalanan Nabi Musa di Mesir dahulu.

Bila dikurniakan nikmat, umi berasa kerdil disisi Allah. Umi tahu itu satu ujian untuk melihat setakat mana umi bersyukur menghadapi nikmat dan dugaan. Kelahiran Isyraf dan LL.M umi menjadi satu nostalgia yang menjadi panduan pada umi sehingga kini dan sampai bila-bila. Allah kurniakan dugaan sehingga ke satu tahap kita berduka nestapa, merintih dan menyesal.

Dengan kekuatan dan semangat yang secebis kemudiaannya kita memujuk hati dan jiwa, mencari satu matlamat dengan mengharap sepenuhnya pertolongan dan kasih sayang Allah. Allah kekal menyayangi hambaNya dan akhirnya pasti memberikan suatu yang manis dan indah untuk jadikan iktibar. Itulah lumrah kehidupan, ada duka ada suka. Cuma, sepatutnya setiap masa yang berlalu itu kita perlu sentiasa muhasabah kepada diri kita sendiri, bertanya adakah hari ini diri dan hati kita lebih elok dari semalam, bertanya apakah yang perlu kita lakukan esok untuk menjadi yang lebih baik dari hari ini.

Isyraf yang umi kasihi, jadikan secebis kisah umi ini sebagai kenangan dan panduan. Kisah-kisah lain disebalik cebisan kisah ini, kita simpan untuk suatu masa nanti.

Tiada apa yang umi harapkan dari anak-anak, hanya ketaatan sepenuhnya kalian beri pada Allah yang lebih Berkuasa ke atas kalian. Ketaatan pada Allah itu akan menjadikan kalian taat kepada Umi dan Abi kemudiannya. Umi dan abi setiap saat dan setiap detik bernafas, mendoakkan segala kebaikan yang ada di atas dunia ini dan akhirat kelak untuk kalian.

Kalian juga pasti diduga oleh Allah kelak, jadikan perjalanan hidup Umi dan Abi ini sebagai panduan. Yang baik sebagai teladan, yang buruk jangan diikuti. Dan yang pasti, selagi Allah meminjamkan nyawa pada Umi dan Abi, kami akan sentiasa disisi kalian. Apabila kami tiada kelak, Islam adalah panduan.

Khas untuk Isyraf pada hari ini, terima kasih pada Allah yang meminjamkan nyawa untuk terus berada di dunia. Semoga menjadi Hamba dan anak yang soleh dan taat, pelajar yang cemerlang, pemimpin yang memegang panji-panji Islam, pejuang Islam yang akan syahid di medan Allah, suami yang soleh untuk bakal isteri yang solehah dan zuriat soleh solehah dan semoga sihat dan kuat untuk menjadi yang terbaik (namun, Allah jua yang Terbaik).

Salam sayang di Hari Lahir Mu yang Pertama.

Dari,

Umi dan Abi. Ummmp ahhh ...

Usia 1 Hari


Usia 2 hari

Usia 3 hari, akhirnya pulang ke umah Uwan, tak larat dok hospital lama-lama.

Usia 1 Bulan

Usia 2 Bulan di Zoo JB dengan Pak Chak, Haikal & Hamzah

Usia 2 Bulan di Taman Buaya Air Keroh Melaka. Abang Amir dan Kakak takut sehingga pejam mata.

Dengan Mak Tok, Mak Teh dan Mak Yang di Kenduri Aqiqah

Berbaju Melayu di Kenduri Aqiqah dengan Abang Amir dan Abang Spiderman

Usia 3 Bulan bersama kakak dan abang

Usia 3 Bulan, Aidilfitri bersama Embah dan Mak Tok

Usia 3 Bulan dalam perjalanan ke utara

Usia 3 Bulan dengan Alahyarhamah Aaa

Usia 5 Bulan bersama Dr Ridhwah

Usia 5 Bulan bersama Rifhan Sofea

Usia 5 Bulan

Di usia 6 Bulan sudah pandai bermain dengan Abang Amir

Usia 6 bulan yang suka tersenyum

Di usia 7 bulan, kebiasaan sebelum tidur, Abi akan bercerita

Usia 7 bulan, Abi akan buat benteng, agar Isyraf tertido kerana penat mencuba memanjat benteng Abi, jadi umi tak perlu dodoikan

Usia 7 bulan bersama Tok Chik di Manong, Kuala Kangsar

Usia 7 bulan, di Pulau Pangkor sempena Hari Keluarga KISAS

Usia 7 Bulan, dalam feri perjalanan balik dari Pulau Pangkor

Di usia 8 bulan, rehlah di Pantai Remis, Jeram, Selangor

Di usia 8 bulan, Isyraf dah boleh duduk


Di usia 8 bulan, Pantai Teluk Chempedak, Kuantan, Pahang

Di usia 9 Bulan, Isyraf suka main air

Di usia 10 bulan, Isyraf sudah pandai makan sendiri dan berselera

Di usia 11 Bulan, di Hari Lahir Abang Amir yang ke 4, di Alamanda, Putrajaya

Di usia 11 Bulan, di Majlis Tokku, Kuala Terengganu

Di usia 11 Bulan, bercanda di Pantai Tok Nek, Kuala Terengganu

Usia 11 Bulan, rehlah di resort Embah di Beranang, Selangor.

Beberapa hari sebelum genap 1 Tahun. Hadiah koleksi baju Pumpkin, New Zealand dari Uwan. Tak sabar nak tunggu hadiah dari Uda dan Atuk :)

Setahun yang telah dikau lalui anakku, Isyraf, dalam kenangan. Allah akan sentiasa bersamamu.

Wasalam.

18 comments:

Uda said...

Abang Isyraf yang macho!

Selamat Hari Lahir!

Jangan nakal2 dan jangan jerit kuat sangat!

Tungguuuuuuuu hadiah dari Uda.

kilah said...

akak,tahniah!!
atas kekuatan dan ketabahan yg akak..
moga kehidupan akak satu family diberkati Allah

abg uwais amzar said...

adik isyraf yg comel sgt2.. slmt hari lahir.. moga jadi anak soleh taat Islam.. berjaya dunia kahirat!! amiin..

x sabo jmp abg isyraf live..!!!

Anonymous said...

Salam...

Terima kasih sayag atas posting yang bernilai ni.Mudah2an Allah jadikan anak2 kita, dan anak2 semua shbt2 kita, dan semua yg bergelar anak di dunia ni...semuanya TAAT kepada ALLAH jua.

Allah bantu semua ibu bapa dalam mendidik 'amanah' ini dan 'menjaga' iman mereka kpd Allah...amin

Utk Isyraf...

Cukuplah dengan menjaga ketulinan imanmu kepada YANG MENJADIKAN mu sbg 'membalas' jasa abi dan umi.

Cukuplah dgn pengabdian mu kepada AR-RAHMAN sbg kemuncak kegembiraan abi dan umi dlm membesarkan mu.

Utk Umi...

Allah tidak akan sia2kan pengorbanan umi...amin.

Ke mana sahaja umi pergi, di mana shj umi berada,,,telah abg 'kirimkan' redho abg utk mu syg. Asal shj umi taat kpd ALLAH dan kerana KETAATAN itulah,umi taat pd abang. Mudah2an syurga lah destinasimu 'di sana' nanti.

JANGAN taat pada SUAMI mu ini, pada perkara2 yang menyalahi KETAATAN mu kpd ALLAH.

Allah jadikan kita 'regu terbaik' dlm gandingan perjuangan melaksanakan AMANAH KEIMANAN ini..amin.

TAQABBAL JUHDANA JAMIAAN, YA ALLAH!!!

(Ya Allah terimalah mujahadah kami semua, amin)

AMIN YA RABBAL ALAMIN

Slm syg utk yg melahirkan zuriat abg :)

Wassalam.

Ilyana Ar Razi said...

aqilah suhaimi @ kilah mana satu yer?

sudilah perkenalkan diri.

terima kasih atas doa!

Ilyana Ar Razi said...

udaaaaa,

jangan lupa bawa balik skuter untuk isyraf dan abang amir!

Ilyana Ar Razi said...

abg uwais,

insya allah, kita akan bertemu jua!

Fez said...

betullah panggilan abg bulat ni. mmg bulat pun. comel sgt!

bila dah setahun ni, gambar isyraf rupa amir. seronok eh kak, ada anak2 comel yang jadi penyejuk mata. :p.

Ilyana Ar Razi said...

umi 2 abi,

terima kasih atas redha dan doamu. itu yang umi harapkan. setiap kejayaan umi ini, kerana redha abang juga.

umi sendiri menangis ketika membaca entry ini. umi ambil masa 6jam untuk menyiapkan entry ini.

sekadar sekelumit kenangan yang dititipkan untuk anak-anak kelak.

kekallah abang dalam pemeliharaan Allah disana. ameen.

Ilyana Ar Razi said...

fez, mmg bulat. abg amir dan insyirah pun masa baby bulat, tapi bila besar, akan membujur :)

tidak kira anak comel @ tidak, anak2 adalah penyejuk mata, penenang hati.

silversarina said...

Happy Birthday cucunda Isyraf !!

Comel sangat dia tu, geram tengok .

Anonymous said...

Pertama tahniah..coz dapat A. Yana memang superwoman. Hebat.

Kedua, Selamat hari lahir untuk Isyraf yang comel. Semoga jadi anak yg soleh dan pintar.
Bila semakin besar, semakin sama dengan Abang Amir.

Ilyana Ar Razi said...

Nenda Sarina.

Tima kasih. Mesti dok terbayang Umair yang montel tu.

Kak Ina, A tu dalam kenangan ajer. Ada yang lebih hebat!

Isyraf sebenarnya seiras dengan Insyirah. Abang Amir masa baby, lain rupa dia.

tan wei mei said...

sis yana! you're superb!

you dapat Anugerah Dekan kan utk semester lepas?

i rasa you sesuai jugak la jadi lecturer.

thank you for your tips utk my TESIS, i dapat A- aje, takleh nak kalah kan you yang dapat A.

whatever, thanks god!

Karina AZ said...

Cik LY,

Kau ni tak penat ker? :)

Bbbrp hari lepas kau grad Degree, kau bersalin Insyirah.

Bbrp hari lepas kau "Call to the Bar", kau bersalin Amir Irsyad.

Ni, bbrp minggu lepas kau final exam LL.M kau bersalin Isyraf.

Mesti anak ke 4 dan ke 5 kau nanti, masa kau buat PhD. Kau jadi ker buat PhD?

Jeles la aku dgn kau ni. :)

Macam mana kau boleh jadi mcm ni ha?

Aku rasa kan kau jadi ustazah pun sesuai. Lain macam je cara kau cakap skrg ni. :) Syahdu semacam.

Aku nak jumpa kau, minta nasihat. Uwaaaaa ....

Ilyana Ar Razi said...

Tan,

My God is the Most Superb!

Apapun, tahniah untuk u jugak.

Ilyana Ar Razi said...

Cik Karina,

Mcm mn kau bole jumpa blog aku nih? Kau jgn bgtahu kekawan lain ttg blog aku ni, malu!

Menjawab soalan kau :

1. Penat la jugak.

2. No. 4 dan 5, insya allah.

3. PhD, tak tahu lg. Tgk keadaan Razzi, kalau ada kelapangan nak jugak aku sambung. Lgpun skrg ni dok kumpul bahan dan cari field.

4. Kau jgnla jeles, kau pun bole buat apa aku dah buat ni. Maafkan aku jika aku menimbulkan bibit cemburu di hati kau.

5. Aku jadi macam ni sumanya berpunca dari Razzi. Ha Ha Hu ...

6. Ehhh, aku bukan ustazah la. Tak sesuai la. Aku bersyukur dgn apa yg Allah jadikan aku skrg.

7. Semakin tua mestila semakin syahdu dan sentimental. Aku 29 bulan depan, anak2 pun dah besar. Insyirah tahun depan Darjah 1.

8. Jom jumpa, tapi buat appointment dulu. Jangan minta nasihat yg susah2 tau :)

Call aku!

Wasalam.

luvly aimira said...

Slm,
Cepatnya masa berlalu, tgk isyraf masa akikah masih kecik je, skrg dah setahun dh.. memang bulat! :)