.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Saturday, May 9, 2009

Selamat Hari Ibu



Selamat Hari Ibu buat mama saya, Ramlah Idris. Sejuta penghargaan saya dedikasikan kepada beliau di atas pengorbanan beliau menjalankan tugas dan amanah sebagai seorang ibu. Tak mampu nak diungkapkan dengan kata-kata.

Sehingga ke saat ini beliau masih menjalankan tanggungjawab sebagai "ibu" kepada anak-anak saya. Beliau yang menjaga anak-anak saya ketika saya keluar bekerja, menyediakan makan dan minum yang lazat dan berkhasiat serta mendidik anak-anak saya mengaji, membaca dan mengira. Insyirah dan Abang Amir kena ingat betapa "susahnya" Uwan menjaga kalian ketika umi tiada.

Pangkat, gelaran dan harta bukanlah sebagai kayu pengukur kehebatan seseorang wanita dan ibu. Maka, walau bagaimana pun keadaan ibu kita, penghargaan patut diberikan pada mereka. Samaada mereka melahirkan dan membesarkan dalam kesukaran ataupun kesenangan.

Kepada sahabat-sahabat yang bergelar ibu @ umi @ mama @ mummy @ sebagainya di mana jua kalian berada, SELAMAT HARI IBU ...

Semoga kita para ibu menanam azam untuk mendidik dan memelihara anak-anak amanah Allah itu dengan sepenuh jiwa raga, bersulamkan kasih sayang, berteraskan displin-displin Allah bagi memastikan anak-anak itu menjadi penyumbang kepada kebangkitan dan kejayaan Islam di dunia yang sementara ini. Serta menjadi tunas-tunas harapan untuk kita mendapatkan syurga Allah di akhirat kelak.

Kepada bakal para ibu, mulalah berdoa memohon dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah dari bakal suami yang soleh dan baik juga. Insya Allah.

Kepada para suami, selain menghargai ibu yang melahirkan, hargailah juga para isteri yang melahirkan anak-anak kalian. Memadai penghargaan melalui kasih sayang, kefahaman dan doa. Insya Allah, setiap keluarga itu akan dilimpahi dengan kasih sayang Allah.

p/s : Tahniah Jaz Shila di Amman atas kelahiran Nuha. Semoga ketabahan dan kecekalan sentiasa kekal dalam diri Shila. Ciumkan Nuha untuk Aunty Yana, Kakak Insyirah, Abang Amir dan Abang Isyraf di sini.

Wasalam.

7 comments:

Unknown said...

SELAMAT HARI IBU K.YANA!! :)

Anonymous said...

Abi2Umi

Selamat Hari Ibu utk umi dengan ucapan:

"Perkara yg paling berharga dari seorang ibu adalah anak-anak."

"Demi menghargai pengorbanan umi melahirkan IBADURRAHMAN, Insya-Allah, sama2 kita berjuang utk menyediakan biah solehah terbaik utk anak2 kita dengan menegakkan KHILAFATULLAH"

"Kita bermula dengan KELUARGA kita terlebih dahulu, sehingga mampu mencorakkan MASYARAKAT dan kemuncaknya DAULAH."

"Duhai ibu kepada anak2, gelaran IBU itu adalah AMANAH dari ALLAH. Sama seperti gelaran BAPA. Perkara AMANAH adalah ANAK2.Dgn ANAK2... kita mulia di sisi ALLAH. Dgn ANAK2 jg, kita tercela di sisi ALLAH"

"Mudah2an ALLAH mengizinkan KITA (Abi dan Umi) menjadi mulia di sisinya dengan anak2 yg DIA 'pinjamkan' kepada KITA"

=Al-Fatihah=

Amin Ya Rabbal Alamin

Unknown said...

salam k.yana, smlm ust razi luah sesuatu..dia kata ingat dia nak jadi org no satu bg comment kt post2 k.yana..tp asyik2 nama kami@ayu je yg dtg dulu! haha.. xpe2 ayu kata nanti ayu bg comment 3 hari selepasnya..haha.. klakar je smlm.. :D

'i kan peminat dan ikut setia blog u.. hihii'

byk panduan utk ayu dlm didik anak2 ayu nanti.. :)

Ilyana Ar Razi said...

ayu,
tq.
yg baik jd pedoman, selebihnya iktibar.

abi,
insya allah.
ameen.

Anonymous said...

Razi2Bayt Amzar

Bagus jugak niat tu...Bagi lah chan kat ana...sekali pun..cukup lah =)) ahaks!

Razi2 AllVisitors

Apapun, berblog ni hanya suatu perkongsian umum; utk saling dimanfaatkan setakat yang sesuai dgn masyarakat bloger yang lain.Mana2 yg kurang sesuai,buat2 pejam mata je lah. :)

Abi2Umi:

Teruskan berblog syg oi...

Selain drpd orang2 lain dapat amik mana2 yg bermanfaat dr posting U; TAPI yg lebih penting utk I dapat sbnyk mgkin update tentang family dan anak2 kita :)

Nanti I menyusul. Tapi U kena ajar lah.

Nanti mintak kat Ayu (peminat u tu hehehe) gambar abg masa ziarah Mama Shila dengan baby dia.

All the best to All the slaves of the Allmighty!

ALLAHU AKBAR!!
WALILLAHIL HAMD!!

Mama Nuha Arissa said...

salam kak,terima kasih atas doa n ucapan yg penuh bermakna,sy jg turut mendoakan akak agar sntiasa bahagia dlm RahmatNya..amin..Nuha Arissa kirim salam..hehe..mdh2an Nuha akn jd mcm anak2 akak yg bijak..InsyaALlah..syg akak =)

Ilyana Ar Razi said...

abi,
nanti paste gambar dr ayu kat sini.
amboi... suke nyer dier.

mama nuha,
ucapan tu mmg khas utk awak. pastinya insya allah dengan kelahiran nuha, awak akan lebih sabar dan bahagia. ameen.

semoga anak-anak kita semua soleh solehah dan bijak yer. :)