.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Friday, May 22, 2009

Ya Allah, Lindungilah Kami

Salam,

Saya merasakan M****sia kini tidak selamat. Bahaya di mana-mana. Ia lebih mengancam wanita dan kanak-kanak. Mungkin kerana tanggapan wanita dan kanak-kanak itu golongan yang lemah. Dalam keadaan kegawatan ekonomi kini, terdapat golongan yang terancam pendapatannya, menjadikan ragut dan rompak sebagai tugasan baru untuk mendapatkan "fast money".

Golongan-golongan yang tidak berperikemanusiaan ini ada di mana-mana, maka sebagai ibu bapa, keselamatan anak-anak amat penting kini. Saya sebagai ibu bapa amat risau dan gusar kerana tidak sepenuh masa kita boleh mengawal pergerakan anak-anak.

Saya sentiasa mengingatkan anak-anak, Insyirah dan Abang Amir agar jangan dekati dan bercakap dengan orang yang tidak dikenali, jangan benarkan sesiapa menyentuh tubuh badan mereka KECUALI SAYA, dan menjerit sekuat hati apabila badan disentuh, dicederakan atau terancam. Dan yang paling utama mesti menceritakan apa sahaja yang berlaku kepada mereka sepanjang hari tanpa saya. Oleh sebab itu, seperti di entry-entry sebelum ini, saya mengajar diri saya sendiri supaya tingkatkan kaedah komunikasi bersama anak-anak supaya mereka sentiasa berlapang dada dan gembira untuk berkongsi apa sahaja dengan ibu bapa.

Bila difikirkan, ilmu mempertahankan diri amat penting kini. Namun perlu difikirkan apakah ilmu yang sesuai untuk anak-anak.

Apabila kita sebagai ibu bapa gusar dan tak mampu mengawal dan memerhatikan anak-anak sepenuhnya, pujuklah hati-hati kita bahawa ada yang MAHA BERKUASA yang menjadi pemerhati yang kekal kepada anak-anak kita.

Maka, pohonlah bantuan pemerhatian dan pertolongan dari Allah untuk memelihara anak-anak kita sementara kita tidak berada disisi anak-anak.

Saya masih teringat helaian doa-doa di bawah ini yang hubby tampal di pintu rumah kami yang mengingatkan saya supaya setiap masa berdoa memohon perlindungan dan pengawasan dari Allah untuk saya dan anak-anak.

Terima kasih hubby. Saya rasa tidak salah untuk saya lampirkan di sini sebagai ingatan kepada diri saya khasnya dan sahabat-sahabat lain amnya.

Doa Pilihan Pelindung Keluarga

Ajarilah anak-anak kita, diri dan keluarga kita dengan doa yang sohih dari nabi ini iaitu :-

من نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قال أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ من شَرِّ ما خَلَقَ لم يَضُرَّهُ شَيْءٌ حتى يَرْتَحِلَ من مَنْزِلِهِ ذلك

Ertinya : Sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk" maka ia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apa pun sehinggalah ia kembali ke rumahnya semula." ( Riwayat Muslim, 4/2080 - teks doanya adalah yang berwarna merah)

Disebut dalam satu riwayat lain, nabi bersabda :-

فقال رسول الله من أي شيء قال لدغتني عقرب قال رسول الله أما إنك لو قلت حين أمسيت أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم يضرك إن شاء الله

Ertinya : Nabi bertanya : Kena apakah kamu ?
Lelaki berkata : Aku disengat kala
Nabi berkata : Sekiranya engkau membaca pada setiap petang " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk", nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan ditimpa mudarat" ( Riwayat Ibn Hibban, 3/298 )
Juga sebuah lagi doa yang mudah dari hadis sohih:-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ
لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
21 Sept 2007
9 Ramadhan 1427 H


p/s : Abi, kenapa umi tak leh paste Doa Mengelak dari Dirogol tu?

Wasalam.

No comments: