.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Thursday, May 28, 2009

Dari Ahiasah


Kekadang hati merintih derita,
Jiwa menangis sedih,
Akal mengeluh letih ...

Namun hakikat hidup tak akan berubah,
Yang perlu diubah adalah diri yang menghadapinya.

Hati memilih jalan,
Akal memulakan langkah,
Dan iman meluruskan arah.

MOGA KASIH ALLAH BERSAMAMU ...

Doakan kami semua berjaya dalam final semester ini.

-Ahiasah-


Salam,


Itulah bait-bait sms yang saya terima sebentar tadi. Dari Ustazah Ahiasah, 'adik' saya di Yarmouk University, Irbid, Jordan.

Saya terharu kerana bait-bait itu telah meleraikan sedikit 'kerinduan' di hati saya. Manisnya ukhuwah ini. Terima kasih atas doa-doa kalian sebagai tanda ingatan.

Buat Ahiasah dan adik-adik lain yang menghantar sms pada saya serta yang saya kenali di Irbid, Jordan, KASIH ALLAH JUGA PASTI BERSAMA KALIAN.

SELAMAT MAJU JAYA untuk imtihan yang bakal kalian tempuhi.

Semoga ukhuwah diantara kita berkekalan sehingga ke akhirnya dan diberkatiNya.

Wasalam.

No comments: