Salam,
Seseorang bertanya sudahkah saya membaca buku hadiah yang saya perolehi di Pesta Buku yang lalu. Buku bertajuk "Bagaikan Khatijah di Hati Rasulullah".
Jawapannya, belum. Baru baca kulitnya sahaja. Setakat ni belum ada masa terluang untuk menyentuh buku tersebut. Kesiannya. Maka, saya belum boleh berkongsi apa-apa hasil dapatan dari buku tersebut.
Cumanya, bila berkata tentang sesuatu yang nyata, memang lingkungan tugas saya berdepan dengan segala kenyataan. Yang pahit dan manis yang dilalui dan dihadapi oleh insan-insan yang lain.
Berdepan dengan masalah manusia setiap hari, kadang kala membuat saya berasa takut dan merasakan betapa sukarnya hidup ini. Setiap insan diduga dengan pelbagai dugaan yang berbeza yang kadang kala tidak tercapai dan terlintas oleh akal fikiran saya. Mengapa saya perlu mendengar setiap masalah dan menyelesaikannya?
Saya sering mengingatkan mereka bahawa setiap dugaan datang dari Allah dan sepatutnya kepada Allah jua kita mohon bantuan dan petunjuk. Bukan bantuan sepenuhnya dari saya. Usahanya, kita berbincang dan berusaha mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Selebihnya kita mohon kejayaan dan kasih sayang dari Allah.
Bila setiap hati-hati yang diduga menanam pegangan seperti itu, maka andaikan berlaku kegagalan dan kekecewaan, tidaklah kita mudah menunding jari kepada sesiapa. Biarlah tunduk dengan hikmah dan kesabaran sebagai benteng.
Pada hati-hati yang terluka, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Setiap hati yang pengasih mendapat pahala ... ubat untuk hati yang terluka ialah iman yang kuat".
Cumanya, bila berdepan dengan masalah rumahtangga yakni suami dan isteri, saya akan gelisah. Hati saya akan mudah tersentuh mendengar luahan isteri mahupun suami. Saya hanya mampu menjadi pendengar yang baik dan setia dan cuba menjernihkan yang keruh.
Dalam masa yang sama menjadi iktibar kepada saya sebagai isteri yang berperanan memelihara sebuah rumahtangga dan keluarga yang saya kasihi. Yang dikurniakan seorang suami @ pasangan hidup yang cukup sempurna di mata dan hati saya. Dilengkapi dengan anak-anak yang sihat, cergas, soleh, solehah dan comel.

Apalagi yang saya inginkan? Hanya tingkatkan kesyukuran melalui pembaikan amal ibadah kepada Allah, pelihara diri sebagai seorang isteri dan ibu, pelihara hubungan dengan insan-insan lain dengan perasaan saling kasih mengasihi dan yang penting pelihara diri, jiwa dan rohani sebagai isteri kepada suami.
Saya bermohon kepada Allah, janganlah saya diduga dengan dugaan yang tidak mampu saya pikul. Ameen.
Ya Allah,
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash,
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya,
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu,
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya,
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu,
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya,
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu,
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya.

Salam sayang buat suamiku dikejauhan, doamu redhamu telah memudahkan urusanku. Terima kasih.
Wasalam.

2 comments:
Abi2Umi
Allah ganjari segala amal soleh yang umi lakukan..Amin
Doa dan redho abg mengiringi umi dalam setiap perkara yg umi lakukan.
Salam sayang yang tak berkesudahan..
Abi :)
abi,
tima kasih
tima kasih
tima kasih sayang ...
Post a Comment