.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Saturday, May 2, 2009

Tahniah, Alang Zura

Salam,

Tahniah, dari Along Ely dan Abang Razi. Along letak gambar2 ni untuk tatapan Abang Razi di Amman, Jordan. Semoga perkahwinan kalian diberkati Allah sehingga ke akhir hayat.

Awal perkahwinan perlukan kesabaran yang tinggi kerana ia suatu tempoh 'suai kenal' antara suami dan isteri. Begitu juga yang Along dan Abang Razi lalui, walaupun kami telah saling 'mengenali' sejak Tingkatan 1, namun itu secara lahiriahnya sahaja. Selepas melepasi 5 tahun yang pertama, hati-hati kami terasa semakin erat. Namun segalanya perlulah berlandaskan ilmu-ilmu Allah. Jika hati dan diri suami isteri itu dilengkapi dengan ilmu-ilmu Allah, Insya Allah fasa 'perkenalan' itu akan berjalan dengan indah dan manis.

Cinta yang utama hanya kepada Allah. Dengan cinta kepada Allah, kita akan beroleh cinta dan sayang kepada pasangan. Untuk mendapatkan cinta seorang suami, dapatkan cinta dan kasih dari Allah terlebih dahulu. Azura akan rasa betapa indahnya cinta yang datang dari Allah. Insya Allah.

Doakan kebahagian Along juga. Ameen.

Azura & Faizul

Pengantin's Forever

Dengan Abang Aiman

Ain, Fauzi, Mama & Farid

Mama & Tok Uda

Aunty Ely, Alang Ana & Rifhan Sofea

Majlis Pernikahan - 1 Mei 2009

Anak teruna saya

My sweetie

Berangan je la
"Abang ada lesen tak ni? Nape tak bergerak pun kereta nih?"

Untuk tatapan Abi yang dirindui


Practice Make Perfect!

Ni pun tak habis-habis berangan. Insyirah dan Aleeya.

Wasalam.

4 comments:

Unknown said...

salam.
sabar kak insyirah..sabar.. insyaallah suatu hari nanti naik pelamin..! hihii ;)

mabruk buat pengantin baru.. mg cintanya hingga ke syurga..amiin :)

joegrimjow said...

bilew la nak kawen ni...

Ilyana Ar Razi said...

ameen ... :)

Anonymous said...

along,
sila beri tunjuk ajar!