.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Tuesday, May 26, 2009

"Excited Gi**"

Salam,

Selepas menyiapkan entry khas untuk Isyraf, saya sebenarnya nak berehat seketika dari mem'blog. Cuma apabila hubby bertanyakan entry terbaru untuk tatapan beliau, nampaknya saya perlu meluangkan sedikit masa untuk menulis.

Sabtu dan Ahad yang lalu, saya, Insyirah dan Abang Amir, seharian berada di Library FUU, UKM. Sebabnya, selain menyiapkan tugasan saya, Insyirah akan menghadapi Mid Year Assessment yang bermula dari semalam hingga Jumaat ini. Dan Sabtu ini Insyirah akan menduduki Ujian Kelayakan Sekolah Rendah Agama Integrasi. Maka, untuk menyediakan Insyirah satu persekitaran yang selesa, sebab itu saya membawanya mengulangkaji di library. (Sebab utama ialah nak jauhkan dari television). Maka, dia boleh memberi tumpuan yang sepenuhnya.

Suatu kisah di petang Sabtu kami di Library FUU :

NJ : Ehhh, lama tak jumpa you. Kali terakhir sebelum you gi Jordan kan.

Saya : (Hanya tersenyum) Ha ah. You apa kabar?

NJ : I sihat, macam ni la. Berapa dah anak you?

Saya : Alhamdulillah, setakat ni 3. You?

NJ : I baru sorang baby girl. You buat apa kat sini? Sekarang kan cuti semester. You kan dah habis Master.

Saya : I cari bahan sikit pastu bawa anak sulung I ni untuk dia prepare for exam Isnin ni. Kalau kat umah, Sabtu macam ni, tengok TV je la.

NJ : Ohhh anak you ada Mid Year Exam yer. Darjah berapa?

Saya : Ehhh, baru tadika. 6 tahun.

NJ : (Ketawa terbahak-bahak).

Saya : (Dalam hati ... eiii pompuan ni)

NJ : Anak you baru nak exam tadika, you EXCITED GILA bawa dia ke library untuk study. Apa la you ni, janganla pressure dia sangat, kecil lagi.

Saya : (Terdiam dan hanya tersenyum).

NJ : (Agaknya setelah melihat air muka saya yang berubah). Takpela, I duduk kat belakang sana, nak cari buku.

Saya : (Mengangguk tanpa memandangnya).

Saya : (Tiba-tiba timbul perasaan tak puas hati dalam diri saya sebab perkataan EXCITED GILA yang diungkapkan pada saya. Saya terus bangun dan menuju ke arahnya).

Saya : I tak puas hati la you cakap I EXCITED GILA. What do you mean by that?

NJ : (Mukanya berubah). You marah ker? Maksud I, anak you baru 6 tahun, leisure la skit, takyah pressure dia. Ni baru exam tadika. If exam darjah 1 nanti tak tahu la you macam mana.

Saya : I tak pernah paksa anak I tau. This is not the first time, we spend our weekend at library tau. Anak-anak I memang selalu ikut I ke library. Diaorang akan bawa barang-barang diaorang and do something. That my kids!

NJ : Nanti anak-anak you skema dan tak up todate.

Saya : (Geram sangat dalam hati nih). I marah kat you ni. Takpela, nanti bila daughter you masuk tadika, kita tengok you EXCITED GILA atau tak bila dia nak exam. Atau you just ignore her!

NJ : (Terdiam)
Tidak berapa lama lepas tu, saya menerima sms dari dia, "Yana, sorila. I tak sengaja ckp mcm tu. I rasa nanti I pun nak macam you, prihatin & loving. Kita kawan-kawan kan?"

Saya membalas, "I maafkan you. Tapi I masih geram kat you. Tak yah reply apa2 lepas ni, I TENGAH EXCITED GILA NAK STUDY NI."

Tak tahula saya melampau atau tidak, tapi itulah perasaan saya ketika itu. Saya tidak pernah memaksa anak-anak untuk belajar bersama saya di Library. Bila lapar, diaorang makan bekal yang kami bawa. Bila mengantuk, diaorang baring di atas kerusi dan berehat. Bila bosan, diaorang mengacah ikan di akuarium. Bila bosan lagi diaorang guna komputer library dan buka web BARBIE @ SPIDERMAN. Jadi, adakah saya kelihatan memaksa? Cuma pada masa NJ menegur saya, Insyirah sedang tekun membuat Matematik dan Abang Amir sedang tekun menyambung titik-titik.

Kepada NJ, I tahu you akan baca entry ni. Sebagai ibu, bila anak you dah besar dan nak exam, you akan ada satu perasaan yang I tak tahu nak terangkan macam mana? Cumanya, ketika itu you will prepare yang terbaik dan termampu untuk anak-anak you. You tunggu je la lagi 6 tahun.

Tak tahu nak tulis apa dah sebab terkenang semula kisah Sabtu lepas. Yang penting semoga Insyirah beroleh kejayaan yang cemerlang. Tapi yang paling penting umi tahu kakak dah berusaha untuk buat yang terbaik. Segalanya dengan izin Allah jua. Jangan tinggal solat dan terus berdoa.

Ayat biasa Insyirah kalau nak belajar "UMI, KAKAK TENGAH SEMANGAT NI UMI". Semoga Insyirah tersayang terus bersemangat. Ameen.



Saya suka mamam, macam abi dan Abang Amir

Uwan belanja Murtabak Singapore saiz L dan Soto Singapore di Victory Restaurant, Taipan USJ.

Saya yang dah tak tahu duduk diam

Perut saya bun*** sebab asyik makan aje duduk umah Uwan ni. Tapi takde cacing tau.

Saya ada 4 batang gigi, tapi tak pernah lagi gigit umi. Sebab umi dah warning awal2 jangan gigit umi, nanti umi menjerit. Orang lain semua saya dah gigit. Abi aje saya belum gigit. :) Saya selalu gigit hidung Abang Amir yang mancung itu!

13 comments:

Anonymous said...

Yana,

I minta maaf yer. I faham perasaan seorang ibu. Mesti nak yg terbaik utk anak2nya. I rasa "lain" bila baca blog you ni. Byk jugak yg I belajar. I harap kita bole jadi kawan baik.

Suami you kenapa berada di dua tempat?

Good Luck to Insyirah.

Aunty ...

Anonymous said...

Good luck for kakak Insyirah, buat yg terbaik.

Anak2 akak kat sini pun tgh final exam. Doakan yer.

Ilyana Ar Razi said...

Kak Shahirah & Abg Faheem,

Selamat Maju Jaya. Semoga terus cemerlang sebagai pelajar dan anak yang soleh solehah.

Salam sayang dari Cik Yana, Insyirah, Abg Amir & Abg Isyraf buat Kak Shahirah, Abg Faheem, Kak Yaya dan Abg Munsief.

kilah@'Aqilah Suhaimi said...

kilah dgn 'Aqilah Suhaimi sama je kak..malas nk sign in nye psl..hehe

cerita akak ni mengingatkan saya pd mak saya..
masa kecik2 dulu,tiap2 minggu mak saya bawa g library..atas sebab yg sama mcm akak juga..sebab nk jauhkan ktrg dri TV..

sy adalah org tk thn letih..balik skolah tiap2 hari pukul 7.00 ptg mcm tu..

maka,mak akan kejutkan saya pukul 4 pg utk stadi..waktu ni,bru sekolah rendah lagi..

mak saya akan masak sedap2 bila nk xm..suruh bwk bekal siap..haha

menjadi ibu tbaik itu mmg tk mudah..

bittaufiq wannajah utk anak2 akak..

Unknown said...

salam..

buat kakak insyirah... selamat maju jaya.. teruskan bersemangat!! xkira dalam apa jua bidang yg bermanfaat!!

k.yana, sabar jelah..tulah antara cabaran2 hidup ni.. uih.. blh tahan jglah pedasnya tu.. tp sebaik2nya maafkanlah.. Dia pn dah insaf kan.. :)

akk pn terus bersemangat!!! blog akk bg byk sgt info dan panduan buat ayu dan anak2 nanti.. :D

Keep up the good Work!!!

miss u..

Ilyana Ar Razi said...

aqilah,

mak awak seorang yg hebat. dengan kehebatannya dan kehebatan Allah yang Maha hebat, maka jadilah awak sekarang ini, seorang anak dan pelajar yg hebat.

awak pun kena berusaha ke arah itu untuk anak2 awak nanti.

mmg susah untuk buat yang terbaik, sbb Allah yang Lebih Baik dari segalanya kan?

tapi usaha, semangat dan doa lah kayu pengukur susah payah manusia untuk buat yang terbaik.

selebihnya dengan izin Allah. Insya Allah.

selamat maju jaya utk AQILAH jugeee ... :)

Ilyana Ar Razi said...

Ayu,

Dah maafkan pun.

Semoga Ayu pun terus menebarkan manfaat yang boleh dikongsi bersama.

Salam sayang utk Abg Uwais Amzar!

uhibbuusrati said...

setiap ibu bapa pasti inginkan yang terbaik buat anak-anaknya....asma' puji sikap akak bawa ank-anak ke maktabah mendidik mereka suka dengan ilmu....kata org pedulikan saja... sebenarnya mereka cemburu dengan akak...inilah dugaan hidup..

Ilyana Ar Razi said...

salam asma,

kita pernah jumpa tak?

syukran atas doa!

smg asma' juga akan menjadi ibu yang terbaik untuk anak2. ameen.

atiqahdahalan said...

salam..kak yana, respect gi** kak yana pergi confront kawan kak yana balik semula. =) yelah, daripada kita makan hati je kat dalam.

selalu datang tengok blog kak yana, seriously YOU INSPIRED ME A LOT. oh, sekarang belajar menerusi blog nampaknya sangat memberi kesan pada hati.

Ilyana Ar Razi said...

salam atiqah,

syukran atas doa!

semoga dimudahkan urusan imtihan di sana. balik tak summer ni?

atiqahdahalan said...

terima kasih =)

balik insyaAllah.. kalau kak yana n family nak jalan-jalan Sunway Tambun kat Ipoh, jemput la datang rumah... dekat dah tu.

uhibbuusrati said...

asma' rse pernah jumpe akk mse tu kat giant tp malu nk tegur sapa,akk dgn suami n ank2 lps shopping nk ke car park,asma' n suami br nk msuk giant mse tu..hehe