.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Tuesday, May 12, 2009

Dunia ...

Salam,

Sementara menunggu kereta dalam 'spa', teringat permintaan abi. Walhal, dua tiga hari ni rasa gelisah sedikit, tidak berminat untuk menyentuh laptop kerana penat dek kesibukan. Namun, untuk hubby, maka dirajinkan juga.

Saya agak sibuk kebelakangan ini, menjadikan saya sedikit gelisah. Namun, rasa syukur dipanjatkan dengan kepulangan mama. Saya kembali berteman, dapat makan sedap2 setiap hari hasil masakan mama dan ada tempat mengadu lelah.

1. Insyirah akan menghadapi 'Mid-Year Assesment 2009' bermula dari 25 hingga 29 Mei 2009 ini. Yang meliputi subjek BM, Mathematic, Jawi, English, Bahasa Arab, Islamic Studies, Secience, Iqra / Muqaddam dan Khat. Topik-topik yang terlibat telah disenaraikan oleh Restu Kids. Banyak juga ulangkaji kena buat. Syukur mama amat prihatin memantau jadual ulangkaji yang saya buat untuk Insyirah. Dan Insyirah juga mudah menerima arahan dan tunjuk ajar mama, uwannya. Mama mengorbankan kelas agama dan mengaji beliau setiap petang semata-mata untuk bersama-sama Insyirah. Terima kasih mama. Dan tugas saya apabila pulang ke rumah, menguji kefahaman dan persediaan Insyirah.

2. Insyirah akan menghadapi pula Ujian Kelayakan Masuk ke Sekolah Rendah Agama Integrasi pada 30 Mei 2009, Sabtu, 8.30 hingga 10.30 pagi. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya persediaan ulangkaji Insyirah untuk Mid-Year Assesment 2009 di Restu Kids dapat membantu beliau menghadapi ujian kelayakan ini. Doa umi semoga Insyirah berjaya dengan cemerlang untuk kedua2 ujian.

3. Saya telah merobohkan meja makan mama yang berusia 18 tahun. Kisahnya saya ingin memasang lampu putih sebagai persediaan tempat belajar yang selesa untuk Insyirah. Dengan keyakinan yang saya ini ringan, saya telah memanjat meja, namun kemudiaannya meja itu rebah. Lampu makan yang mama beli di Istanbul juga pecah saya lakukan. Mama kata memang dah sampai masa untuk tukar meja ni. (Ayah mesti baca ni @ Nazmi bagitahu Ayah, balik dari New Zealand nanti, meja makan ni kena tukar :)). Jadi benarlah hakikatnya saya ini ringan dan meja itu sudah rapuh dan tua. :)

4. Laporan kajian @ research saya tentang CL, IB & T tak siap-siap lagi. Bahan-bahan masih perlu dicari dan dikumpul. Lepas tu kena "scan reading". Berpinar mata membaca reports, kes-kes dan buku serta bermain matematik selepas pulang dari kerja. Sabtu dan Ahad sepanjang hari menelaah benda-benda itu. Sabar je la. Memang dugaan sungguh. (Ya Allah ku mohon kekuatan untuk perjuangan ilmu ini).

5. Kelas mengaji saya dah 2 minggu tak pergi sebab ...... Takpela, nanti abi balik, sambung mengaji dengan abi aje la.

6. Kat pejabat, Alhamdulillah dengan staf yang amat cekap dan membantu, setiap masalah manusia-manusia dunia ditangani bersama. Dengan 'nikmat' Lebuhraya Duke yang baru dibuka, dari Tol Jalan Duta, saya boleh sampai ke pejabat di Wangsa Maju dalam masa 7 minit dengan kelajuan 100km/jam. Tapi, siapkan je la RM2.

7. Cuma anak-anak sekembali saya dari kerja, mereka perlukan perhatian. Walaupun saya terasa amat penat, namun sabar adalah kunci kekuatan. Insyirah dengan kerenahnya yang mahukan saya menemaninya belajar. Pada ketika itulah, dia nak membaca dan mengaji. Agaknya nak menunjukkan kemampuannya dan mengharapkan penghargaan dari saya. Maka, saya akan memuji dan terus mengangkat tangan berdoa agar dia solehah dan berjaya dengan nada yang kuat. Baru dia puas hati. Abang Amir kemudian apabila mendengar kelancaran kakaknya membaca dan mengaji, dia pun akan mengeluarkan buku-bukunya pula menunjukkan kepandaiannya dan kemudiannya mengarahkan saya berdoa dengan nada yang kuat sama seperti yang saya lakukan terhadap Insyirah. Si Isyraf pula kerenahnya apabila saya pulang, dia akan menyusu sepuas-puasnya sehingga berjam-jam lamanya sehingga membuatkan badan saya berasa penat kerana kering kontong 'diminum' Isyraf.

Seharian saya selama 7 hari seminggu amat padat. Tugas, Belajar, Anak-anak. Tugas, Belajar, Anak-anak. Tugas, Belajar, Anak-anak. Kelak sekembalinya hubby. Tugas, Belajar, Abi, Anak-anak. Tugas, Belajar, Abi, Anak-anak. Tugas, Belajar, Abi, Anak-anak.

Adakah ini klimaks kehidupan? Adakah jawatan yang hebat dengan gelaran yang hebat telah meletakkan kita ditangga teratas hierarki manusia dunia?

Pastinya tidak, klimaks kehidupan adalah klimaks ketika kita menghadapi sakaratul maut di tangan Malaikat Izrail. Ia menjadi jambatan yang memisahkan alam dunia dan alam akhirat seseorang manusia. Jadi perlu dibelai hati ini bertanyakan persediaan menghadapi kedatangannya yang tidak tentu bila. Apa yang kita miliki di atas dunia ini tidak akan dibawa menuju ke akhirat kecuali :

DARIPADA Anas R.A, berkata bahawa ada 7 macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya;

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan orang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh iaitu anak yang selalu diajar ilmu al-Quran, maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

DAN Abu Hurairah berkata, Rasulullah SWT bersabda bermaksud : “Apabila mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan 3 perkara iaitu sedekah yang berjalan terus, ilmu yang bermanfaat dan dimanfaatkan serta anak yang soleh solehah yang mendoakan baik baginya”.

Maka, oleh sebab kesibukan-kesibukan yang kita sibukkan di atas dunia ini, segalanya perlulah bermatlamatkan keredhaan Allah. Bekerja sehebat mana atau sehina mana (di mata manusia) HANYA KERANA ALLAH. Belajar setinggi mana pun dengan pelbagai gelaran dunia HANYA KERANA ALLAH dan merasakan semakin hebat ilmu di dada semakin kerdil kita di sisi Allah yang tidak terjangkau ilmuNya. Mengasihi suami sekasih kasih kasih kasihnya pun HANYA KERANA ALLAH mengharapkan dia sebagai titian untuk ke syurga. Memelihara dan mendidik anak-anak (yang dipinjamkan) juga HANYA KERANA ALLAH mengharapkan manfaat kesolehan mereka membawa kita ke syurga.

Dari hadis Rasulullah SWT itu tadi juga ia telah memberi panduan kepada kita apakah matlamat yang tertinggi yang kita harus tetapkan untuk kehidupan di dunia ini sebagai bekalan di akhirat.

Ia sebenarnya sebagai panduan untuk hati dan jiwa saya sendiri untuk meredakan keletihan dunia agar tidak mudah mengalah. Berasaskan matlamat mencapai keredhaan Allah, hati dan jiwa yang penat dan gelisah akan kembali tenang.

DAN, pagi hari esok dimulakan dengan semangat dan kekuatan yang baru untuk berusaha terus mengharungi dunia siangnya, dimana kala petangnya pulang dengan kelelahan dek kesibukan. Itulah rutin kita manusia yang berpegang pada Allah. Insya Allah.

Sekadar merawat jiwa yang letih dengan kesibukan dunia sendiri, anak-anak sebagai penawar, abi sebagai yang manis dan indah untuk membuat saya tersenyum dan ALLAH pastinya tempat mengadu dan merintih.

Wasalam.

4 comments:

Anonymous said...

Salam..

Abi2Umi

Padat sungguh aktiviti U. Takpe,,,nanti I balik,,,ia akan dipadat2kan lagi :))

Abi pun ada exam jugak sama tarikh dengan Kakak. Doakan utk Abi jugak tau!!

Alhamdulillah, Sonata telah selamat di'spa'kan. Abg rasa; jemputan 'Ku Lin' tu...boleh dipertimbangkan...FOC tu...!!!

Jika segalanya KERANA ALLAH...mudah2an akan lengkaplah UBUDIYYAH...Amin

Luv U syg!!!

Abi

Fez said...

isk meja rebah, akk camne? semoga selamat2 aje.

Ilyana Ar Razi said...

fez,
masa meja tu perlahan2 nak jatuh, akak pegang perut dulu, tu yg lampu istanbul terlepas dari tangan dan pecah berkecai.

akak alhamdulillah selamat sebab terus meniarap atas meja. :)

Ilyana Ar Razi said...

abi,

you balik nanti kita akan bahagi2kan la tugas, takla I cramp sgt ok?

semoga beroleh kelapangan untuk menghadapi exam. doakan insyirah juga. dia relax aje, sebab dia tak faham lagi tujuan dan kesan exam. umi ni yang berdebar2, mcm umi berdebar2 ketika abg nak exam dulu :)

doakan yang terbaik. ameen.

luv u too.

wslm.