Talkshow "Setitis Air Mata Ibu" anjuran Nisa' Shah Alam berlangsung di Masjid Negeri Shah Alam bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada 1.30 tengahari.
Dua tokoh hebat dijemput iaitu Ust Hasrizal @ Saifulislam dan Dr. Robiah. Saya akui kehebatan keduanya namun pada pendapat saya (harap maaf), ia bukan satu gandingan yang mantap. Itu sekadar pendapat saya, jangan ambil hati yer :). Ianya kerana cara persembahan keduanya yang berbeza, melihatkan satu pentas yang kontra untuk mereka berdua.
Dr. Robiah yang bersemangat
Melihat kepada tajuk Talkshow " Setitis Air Mata Ibu", hadirin dan hadirat pasti dapat menjangka apakah konsep persembahan moderator. Ahli-ahli syurga yang hadir (Insya Allah) ke majlis ilmu ini terdiri daripada ibu bapa (kebanyakannya) dan belia remaja. Maka, pada pendapat saya konsep yang bersesuaian ialah lebih kepada pengisian jiwa dan rohani yang menggalakkan kepada pembaikan amal dan ibadah setiap yang hadir. Bukannya konsep motivasi yang berlebihan melainkan yang hadir itu adalah kanak-kanak atau pelajar sekolah. Bukannya motivasi itu tidak bagus, tetapi lebih sesuai jika motivasi kepada jiwa dan rohani.
Maka, sesuatu program itu perlu diketahui siapakah yang menjadi "SASARAN". Setelah dikenal pasti sasarannya, maka KONSEPnya pula perlulah sesuai bagi mencapai MATLAMAT program tersebut.
Berbanding TALKSHOW "AKU DIBIUS CINTA" pada Februari lepas, jelas SASARANnya adalah remaja, dimana KONSEP motivasi Islam diaplikasikan bagi mencapai MATLAMAT memberi kesedaran dan ilmu tentang bahana dan bahayanya HARI KEKASIH yang diagung-agungkan selama ini.
Apapun, TAHNIAH NISA' SHAH ALAM. Satu majlis ilmu yang amat bermanfaat kepada ibu bapa yang sentiasa berusaha mendidik anak bangsa menuju kecemerlangan yang diredhai ALLAH!
Insya Allah akan disambung di Bahagian Ke 2, sebab saya nak siapkan "ANIMAL PROJECT" Insyirah dan balut hadiah untuk hari esok.
Wasalam.






2 comments:
Assalamualaikum Sis Yana,
Terima kasih atas pendapat akak. Betul pandangan akak tu.
Insya allah, lepas ni boleh akak berkongsi idea2 bernas dgn kami.
Demi Islam!
Waalaikumussalam,
Sumbangan tenaga ada kekangan masa dan anak2. Kalau idea, untuk ummah, Insya Allah.
Ni sape? Kenalkan la diri. :)
Post a Comment