Dalam 2 minggu ni saya mengidam sangat nak makan KETUPAT SOTONG. Pertama kali saya makan di pagi Aidilfitri, sebelum ke Jordan, beberapa tahun yang lepas, disediakan oleh Mama saya. Kali ni, mengidam yang amat sangat tapi tak sempat-sempat nak buat. Cuma, saya mampu mengeluh akan keinginan saya.
Petang semalam, seperti biasa, tiba di rumah, selepas menggomol anak-anak, saya akan buka tudung saji melihat apa yang Mama masak untuk hari ini. Terkejut dan terharu melihat SOTONG BERKUAH RENDANG, tanpa mengetahui di dalamnya terdapat PULUT. Rasa nak menangis ketika itu.
Saya bertanya kepada Mama, "Kenapa masak sotong gemuk-gemuk ni?".
Mama membalas, "Kata mengidam KETUPAT SOTONG, jadi mama buatkanla, tak la ada orang merengek-rengek macam Isyraf".
Saya, "Ni KETUPAT SOTONG?".
Mama, "Ye la, dalam sotong tu ada pulut dan berkuah rendang, kalau kat Terengganu, kuahnya warna putih macam Cik Ha buat dulu".
Saya, "Thank you mama".
Alhamdulillah, Maha Suci Allah, gembira sangat tak terkata. Bab makan, mama amat sensitif. Apa yang anak-anak teringin atau minta dia akan masakkan. Sedara mara pun jika teringin nak makan apa-apa yang pelik2 dan susah2, mama akan buatkan.
Saya mahu jadi seperti mama!
Selepas menghabiskan ketupat sotong ni, teringin pulak Asam Pedas Ikan Bagok kerana terkenang hubby yang enak meratah kepala Ikan Bagok yang berlemak-lemak itu.
Wasalam.






6 comments:
isk isk.. akk, kecur mulut tgok gambar sotong gemuk ni.. :p. jangankan ketupat sotong, sotong pun, setaun sekali je makan. itupun kalau balik malaysia atau jumpa sotong kecut kat aqabah. hihi.
Aduh...bilalah k ina dapat makan ketupat sotong Terengganu...terliur tgk ketupat sotong mama Yana tu.
huhu..sodapnyerrrrrrrrrrr.. nk juga...huhu bila blh blk ni... hik3x.. ;)
okkkk,
nanti yana post sotong-sotong gemuk ke jordan.
insya allah.
Abi2Umi....
Amboi3x...kalau kat diorang umi post sotong2 gemuk,,,kat I ni u nak post apa pulak ;)
U ni mengidam,.,,ish..lain mcm jer..ada apa2 ker ni ??
U prepare la ikan bagok Asam PEdas tu bila I balik nanti ok...kuar apot jer,,,,I nak terus makan,,,amacam???
Kim salam mama. Nanti abg balik,,abg nak makan kuewtew mama. Pergh!!! Meleleyh beb! :D
Slm syg :)
umi2abi,
Utk U, I akan post mcm2. Tunggu je la.
Ha ah, I mengidam. Mcm tak paham :)
Ok, ikan bagok I akan prepare bila u balik nanti.
Selamat study dgn ikhlas kerana ilmu Allah. Moga ia bermanfaat, tidak sekadar cemerlang untuk kepentingan dunia.
Ilmu sepanjang hayat ...
Salam sayang dari kami :)
Post a Comment