.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Sunday, December 7, 2008

9 Zulhijjah 1929

Salam,

Saya tak sempat bersahur. Bangun ketika Azan subuh berkumandang. Anak-anak masih lena. Saya lihat mama dan ayah tiada, mungkin telah pulang ke kampung. Maka, tinggal saya, anak-anak dan bibik. Bibik sedang mengemas rumah.


Ketika fajar mulai menyinar, saya terkejut melihat 16 ekor lembu di hadapan rumah. Rupanya tahun ini Masjid Al Ubudiyah, Seksyen 19, Shah Alam akan menyembelih 16 ekor lembu sebagai korban. Namun esok saya takkan beraya di sini, kerana saya akan pulang ke Kajang.


Tatkala Insyirah bangun dari tidur, dia mula bising kerana teruja melihat lembu-lembu itu. Lalu Amir dikejut. Maka sepanjang pagi Insyirah dan Amir duduk diluar rumah berbual-bual dengan lembu-lembu itu.



Ayah saya baru sahaja menghadiri kursus penyembelihan yang dianjurkan oleh JAIS bagi mendapat lesen penyembelihan binatang. Kursus diadakan selama 2 hari dan perlu melalui ujian bertulis sebelum lulus dan mendapatkan lesen penyembelihan.


Antara info yang diceritakan oleh beliau ialah lembu yang akan dijadikan korban itu sebenarnya tahu bahawa ia akan disembelih, oleh itu kita tidak boleh membuatnya "tertekan". Antara contoh tekanan yang biasa manuasia lakukan ialah menyuruh lembu itu makan dengan alasan supaya ia berisi, sedangkan jika kita manusia ingin menjalani pembedahan pun, kita perlu berpuasa selama 6 jam sebelum pembedahan.


Tahun ini, kali kedua saya dan hubby beraya berasingan. Kali pertama ialah pada Aidilfitri 2004 dimana hubby beraya di Mesir, manakala saya dan Insyirah pula beraya dirumah mama dan ayah saya di Jeddah. Ini kerana saya melaksanakan umrah ramadhan dikesempatan mama dan ayah menetap di sana. Ketika itu saya mengandungkan Amir. Raya ketiga saya bertolak ke Mesir dari Jeddah.

Tahun ini mulanya sedih juga, tapi apabila mengenangkan yang hubby akan pulang, hati kembali ceria. Nampaknya saya akan kembali 'sibuk'. :)

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Aidiladha dari kami sekeluarga buat saudara mara dan rakan taulan di mana jua kalian berada. Semoga ukhuwah kita berkekalan di bawah naungan Illahi.

Semoga Aidiladha ini mendidik kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur kepadaNya.

Salam Ikhlas Penuh Ukhuwah.

Daripada RazYana, Insyirah, Amir Irsyad dan Amir Isyraf

No comments: