.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Friday, December 5, 2008

TAWAS

Salam,

Pagi ini saya ada "kelas" dari pukul 8 hingga pukul 12. Oleh kerana saya merasakan yang saya akan pulang awal, maka saya membawa Insyirah dan Amir bersama saya. Isyraf tinggal di rumah dengan bibik. Semasa saya "berkelas", Insyirah dan Amir saya letakkan di library. Syukur mereka tidak mengganggu saya kerana leka menonton cerita Barbie dia TV3, cuma apabila saya keluar meninjau mereka berdua, bibir masing-masing kebiruan kerana kesejukan. Memang sejuk aircond dalam library ni.


Insyirah dan Amir di Library FUU, UKM


Sebelum pulang ke rumah saya singgah di Library Raja Tun Uda, Shah Alam pula mencari bahan untuk "kajian-kajian" saya. Saya tidak dapat duduk lama kerana anak-anak sudah merintih kelaparan. Hanya sedikit buku yang dapat dipinjam serta bahan yang di fotostat. Ketika berlegar-legar di dalam library ini terpandang "TAWAS" ini di papan kenyataan.


TAWAS ini sebenarnya nama singkatan kepada Tabung Warisan Anak Selangor. Ia merupakan antara projek penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) oleh Kerajaan Negeri Selangor 'kini'.


Kerajaan Negeri Selangor akan menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM100 bagi setiap pendaftaran TAWAS yang berjaya. Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM1,500 seorang hasil daripada pelaburan dalam TAWAS. Permohonan hanya terbuka kepada "anak selangor" sahaja.


Wah, ini satu peluang yang baik tetapi saya musykil kerana saya tidak perlu membuat sebarang tabungan untuk perlaburan. Modus Operandinya, cukup sekadar saya membuat pendaftaran TAWAS ini, kemudian kerajaan Negeri Selangor akan memasukkan RM100 ke dalam tabung simpanan anak-anak dan pada usia 18 tahun anak-anak akan menerima RM1,500 dari Kerajaan Negeri Selangor.


Jadi saya dan anak-anak bergegas ke Bangunan Darul Ehsan untuk mengambil borang TAWAS. Sampai di kaunter, saya terus mengambil 3 borang TAWAS untuk 3 orang anak saya. Tetiba, seorang gadis manis menegur saya.


Gadis Itu : Assalamualaikum puan.


Saya Ini : Waalaikumussalam.


Gadis Itu : Anak puan kembar 3?


Saya Ini : Eh, tak la. 3 orang.


Gadis Itu : Puan ambil 3 borang tu.


Saya Ini : Ha ah, sebab anak saya 3 orang.


Gadis Itu : Berapa tahun?


Saya Ini : 5 tahun, 3 tahun dan 6 bulan.


Gadis Itu : Ohhh, jadi hanya yang 6 bulan sahaja yang layak mendaftar TAWAS


Saya Ini : Ehhh kenapa?


Gadis Itu : Pelaburan ini hanya dibuka kepada anak selangor yang lahir mulai 1 Januari 2008. Ini adalah masalah kami sekarang kerana syarat ini tidak difahami oleh orang ramai.


Saya Ini : Ohhh, saya faham sekarang. Jadi saya rasa, setiap keluarga di negeri Selangor ini berkemungkinan mengisi satu borang, melainkan mereka beranak kembar. Yang lahir mulai 1 Januari 2008 dan seterusnya. Ok la terima kasih.


Gadis Itu : Sama-sama.


Hmmm, nampaknya hanya Isyraf yang dapat buat pelaburan TAWAS. Nampaknya kena beranak lagi ni. :)


Wasalam.

No comments: