Antara HIPOKRIT dan MUNAFIQ
Dari satu sudut pandang, HIPOKRIT adalah MUNAFIQ, tetapi impaknya berbeza. Perbezaannya adalah sama dengan perbezaan antara kalimah AKHLAK dan MORAL. Jika kita tukar perkataan HIPOKRIT itu dengan kalimah MUNAFIQ, maka dialognya akan jadi begini :
1) Mad'u 1 : Ust anjurkan kepada saya menutup aurat, saya tahu itu wajib, tapi saya tak mau MUNAFIQ lagi lah ust. Setakat ni saya tak bersedia nak tutup semua aurat saya lagi, Saya hanya mau berlaku jujur pada diri saya …

2) Mad'u 2 : Ust suruh saya aktif dalam gerakan Islam. Saya tahu saya perlu memberi sumbangan kepada Islam, tapi saya tau mau MUNAFIQ lah ust. Sekarang ni saya sibuk sangat. Jujurnya, saya memang tidak bersedia lagi ...
3) Mad'u 3 : Saya memang macam ni ust. Ust suruh saya berhemah dalam berbicara … tetapi inilah realiti saya. Saya tidak MUNAFIQ dengan sesiapa ... terimalah keadaan saya seadanya …
Semacam ada yang tidak kena dengan dialog di atas. Kelihatan seolah2 bercanggah. Namun, jika kita tahu membezakan impak @ penghayatan kalimah MUNAFIQ dan HIPOKRIT itu, maka barangkali dialognya akan jadi begini :
1) Mad'u 1 : Ust anjurkan kepada saya menutup aurat, walaupun setakat ini saya sebenarnya tidak bersedia lagi nak menutup semua aurat saya. Jadi … saya perlu MUJAHADAH untuk menutup aurat saya ini.
2) Mad'u 2 : Ust suruh saya aktif dalam gerakan Islam. Jujurnya, saya memang tidak bersedia lagi ... Sekarang ni saya sibuk sangat. Tetapi saya akan MUJAHADAH juga utk melaksanakan tanggungjawab ini … insya-Allah.
3) Mad'u 3 : Saya memang macam ni ust. Ust suruh saya berhemah dalam berbicara … tetapi inilah realiti saya. Saya akan berMUJAHADAH juga utk menyelami dan mencontohi akhlak Rasulullah SAW ... maka, terimalah keadaan saya seadanya kerana saya telah, sedang, dan akan sentiasa berMUJAHADAH ke arah itu …
Kesimpulannya : Jika kita memahami HIPOKRIT itu sebagai HIPOKRIT, maka kita akan berlaku JUJUR, maka kita berkekalan dengan sikap kita itu, yang sepatutnya kita ubah. Sebaliknya, jika kita memahami HIPOKRIT itu sebagai MUNAFIQ, maka kita melaksanakan MUJAHADAH supaya dapat membuang sifat MUNAFIQ dan juga mengubah sifat yang perlu kita ubah tersebut.
Sifirnya mungkin begini :
- Kita nak jadi HIPOKRIT @ JUJUR ?? => JUJUR – tiada perubahan yang berlaku.
- Kita nak jadi MUNAFIQ @ IKHLAS ?? => MUJAHADAH untuk mendapatkan IKHLAS melalui ISTIKHLAS – pasti akan ada perubahan ke arah yang lebih baik.

No comments:
Post a Comment