Hubby saya mengingatkan saya supaya berpuasa sunat semalam dan hari ini. Semalam saya mengadakan kelas selama 6 jam. Penat jugak rasanya. Tiba di rumah waktu Asar dalam keadaan lesu dan mengantuk. Selepas solat Asar saya tidur walaupun dipesan oleh Mama supaya jangan tidur selepas solat Asar. Tapi saya tak boleh tahan dah, tidur jugak. Bangun ketika sudah mahu berbuka.
Selepas solat Isyak saya menyiapkan 2 biji kek sempena Aidiladha ini. Yang besar untuk majlis di kampung. Yang kecil untuk rumah Sekamat. Buat hari ini kerana esok banyak lagi yang perlu disediakan.
Wasalam.






No comments:
Post a Comment