.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Monday, December 1, 2008

Selangor Legal Aid Centre

Salam,

Pagi ni saya membawa "saudara" saya ke Selangor Legal Aid Centre untuk mendapatkan bantuan guaman. Kes beliau berkenaan tuduhan mencuri yang disabitkan ke atas beliau dan 2 orang lagi menurut Seksyen 380, Kanun Keseksaan. Beliau teraniaya diatas tuduhan palsu mencuri tersebut dan saya mendapati beliau mempunyai bukti yang kukuh untuk menggugurkan pertuduhan tersebut. Kini, seolah-olah menjadi trend dimana seseorang ingin mendapatkan wang melalui membuat pertuduhan mencuri ke atas seseorang yang lain. Pihak yang menuduh adalah sahabat baik mereka sendiri. Hinggakan "saudara" saya berserta 2 orang yang lain terpaksa meringkuk di dalam penjara selama 4 hari.

Januari hadapan adalah tarikh sebutan dan saya berharap biro bantuan guaman dapat menyediakan peguam untuk mewakili mereka. Bukan saya tidak boleh membantu mereka, cuma "lesen" saya akan berkuatkuasa Januari 2009 ini selepas "bercuti" selama setahun. Namun, saya akan membantu mereka untuk bersiap sedia menghadapinya. Januari ini adalah hanya tarikh sebutan dan tidak mustahil ia akan mengambil masa yang lama untuk selesai. Kami akan cuba memohon agar tuduhan digugurkan kerana pihak pendakwaan tidak ada kes "prima facie" dan "beyond the reasonable doubt".

Doa saya kepada "saudara" saya itu agar kuatkan semangat dan hadapi dugaan ini dengan tabah dan sabar. Kita sama-sama berusaha dan berdoa memohon pertolongan Allah kerana kita dikalangan yang benar. Insya Allah. Yang penting kehidupan ini perlu diteruskan kerana ia belum berakhir. Pengakhiran kehidupan ini adalah kematian.

Jangan bersedih wahai "saudara" ku.

Wasalam.

2 comments:

Unknown said...

dunia di akhir zaman ni..macam-macam pun terjadi...nauzubillah...harap saudara akk tu tabah melaluinya..byk2kan bermunajat..mohon padaNya ditunjukkan jalan yg terbaik...insyaAllah khair...

Ilyana Ar Razi said...

ayu, semoga saudara akak membaca "semangat" ayu ini.

hapuskan air mata mu.