.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Tuesday, December 16, 2008

Thank You Allah

Salam,

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Rasa syukur saya panjatkan ke hadrat Allah dengan limpah rezeki dan nikmat yang dikurniakan. Semoga ia dapat mendidik diri saya supaya lebih taat dan beriman kepadaNya.

Semalam, satu lagi lakaran indah tercipta dalam hidup saya. Iaitu, saya telah mendapat result final untuk LL.M saya. Syukur dan gembira yang teramat sangat sehingga saya mengalirkan air mata. Ia menjadikan saya semakin yakin, dengan usaha yang bersungguh-sungguh serta meningkatkan hubungan kita dengan Allah Taala dan akhir sekali tawakal kepadaNya, Allah pasti memberi sesuatu yang setimpal. Namun saya sedar, tidak selalunya kita akan berjaya dan tidak selamanya kita akan gagal, kerana itu lumrah kehidupan.

Namun, kejayaan LL.M ini sekurang-kurangnya satu lagi lakaran indah dalam hidup saya dan saya mahu ia menjadi pengajaran kepada anak-anak saya dan seterusnya.

Lagi satu yang pasti ialah doa restu dan keredhaan dari kekasih hati saya, hubby yang saya dapat rasakan kejayaan ini adalah miliknya juga. Ia sekurang-kurang menyedarkan saya betapa pentingnya peranan seorang isteri dalam kehidupan seorang suami dan sebaliknya. Setiap dari kita patut menanam azam untuk menjadi isteri yang terbaik untuk si suami dalam keadaan kehidupan itu perlu saling melengkapi di antara satu sama lain. Dan saya ingin menyatakan bahawa perpisahan sementara kami berdua ini yang banyak mengajar saya erti pengorbanan dan kesungguhan dalam kehidupan. Dan hikmahnya perpisahan ini semakin menyatukan hati-hati kami berdua dalam nikmat cinta kasih sayang.

Ayah mama saya juga banyak berkorban membantu saya mencapai kejayaan ini. Dalam erti kata mereka membantu saya menjaga anak-anak saya ketika saya keluar belajar, menyediakan makan minum yang lazat-lazat untuk saya supaya saya bertenaga untuk belajar, memastikan persekitaran saya bersih dan selesa (kerana saya ni bermasalah apabila sekeliling saya kotor :) dan segala-galanya. Pabila hubby tiada, ayah mama adalah teman saya berbicara.

Anak-anak pula sebagai penawar penat dan lelah setelah seharian belajar. Anak-anak ini satu anugerah yang akan saya pelihara dan didik dengan izin Allah sebaik mungkin dengan penuh kasih dan sayang. Apabila saya bercerita kepada anak-anak tentang kegembiraan saya, mereka tidak faham, mungkin apabila mereka dewasa kelak kegembiraan ini dapat dikongsi bersama.

Juga kepada para pendidik saya yang tanpa mereka, kejayaan ini tidak dicapai. Kepada Dr. Inayah, Dr. Anisah, Dr. Rohani, Dr. Kamal, Dr. Hasani, Dr. Aishah, Dr. Rahmah dan Dr. Sakina, saya doakan segala kebaikan yang ada di atas dunia ini untuk kalian semua.

Ameen.


Wasalam.

No comments: