Salam,
Selepas ke Selangor Legal Aid Centre, saya ke Tabung Haji untuk memasukkan duit ke akaun anak-anak. Sebenarnya, saya sedang menanti panggilan dari "profesor" saya untuk memulakan "tugas" secara rasmi kerana menurut tawaran yang diberikan, tugas saya bermula pada 1 Dis 2008 dan berakhir 31 Dis 2008, namun beliau masih belum menghubungi saya. Tetapi dalam sms beliau pada saya ada menyatakan bahawa tugas saya akan bermula pada 1 Dis atau 2 Dis dimana saya perlu menanti sms dari beliau untuk bertemu beliau. Kalau takde hari ni, esokla nampaknya.
Tugas ini pengalaman baru untuk saya dan saya bersyukur dengan rezeki Allah ini. Ini kerana ia menepati prinsip saya iaitu "ilmu sepanjang hayat". Moga ia memberi manfaat kepada saya. Insya allah.
Untuk Prof : Bila nak mula ni? Saya tak sabar nie.
Wasalam.
.: razyana :.
- Ilyana Ar Razi
- Kajang, Selangor, Malaysia
- HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com
Monday, December 1, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






2 comments:
mabruk kak yana...!!
keh keh keh
Post a Comment