Salam,
Hari ini secara rasminya "tugas" saya bermula. Saya suka dengan "tugas" ini dan bersyukur dengan peluang yang diberikan kepada saya. Saya akan melaksanakan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin dan bersungguh-sungguh. Walaupun hanya untuk sementara. Insya Allah.
Kesan daripada "tugas" ini, melalui penerangan-penerangan yang diberikan oleh "profesor-profesor" saya, mereka memberi semangat kepada saya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD pula.
"Tugas" ini sebenarnya kata mereka memberi saya peluang untuk bersiap sedia menghadapi suasana PhD yang kata mereka perbezaannya umpama langit dan bumi antara Master dan PhD. Saya menyatakan yang saya memang berminat untuk terus belajar dan belajar selagi mampu, demi mendapatkan ilmu yang boleh memberi manfaat kepada Islam agama saya, diri saya, anak-anak saya, keturunan saya dan sesiapa sahaja. Tidak kira apa jua ilmu. Saya menyatakan yang saya ingin mengambil Master in Business Law tahun hadapan, tapi mereka kata itu adalah rugi kerana saya mampu untuk menyambung ke peringkat PhD.
Niat saya menuntut ilmu kerana Allah Taala. Menceritakan di blog ini bukan untuk riak dan takbur kerana kita perlu sedar terdapat berjuta orang di dunia ini yang jauh lebih hebat dan tinggi ilmunya di dunia ini. Jadi siapalah diri kita sebenarnya.
Ada di antara penuntut ilmu mengejar gelaran yang hebat-hebat pada masa akan datang, sekurang-kurang "Doktor" dan sebagainya. Tetapi adakah mereka sedar samaada ilmu itu bermanfaat atau tidak, sekurang-kurangnya kepada diri mereka sendiri di mana ia mampu meningkatkan keimanan kita kepada Allah serta menjadikan kita insan yang berkualiti.
Menuntut ilmu bagi saya adalah satu kepuasan. Bukan untuk dibanggakan kerana pada pendapat saya semakin banyak ilmu yang kita perolehi semakin besar tanggungjawab kita.
Oleh sebab itu, ke mana sahaja hubby saya mendapat jemputan kuliah, saya akan ikut bersama walaupun terpaksa membawa anak-anak saya yang masih kecil dan banyak kerenahnya, kerana saya merasa "cemburu" apabila orang lain akan dapat mendengar ilmu-ilmu yang disampaikan, sedangkan saya, isterinya terpaksa dengan alasan anak-anak yang masih kecil, tidak boleh mendapatkan ilmu-ilmu yang disampaikan. Tetapi saya amat berterima kasih kepada hubby saya kerana dia adalah diantara sumber ilmu saya yang utama.
Tentang melanjutkan pengajian ke peringkat PhD pula saya perlu berbincang dengan hubby saya. Bertanyakan pendapatnya. Dan saya juga telah merasakan pengalaman melanjutkan pelajaran di peringkat Master dalam keadaan anak-anak yang masih kecil. Banyak perkara perlu dirancang dengan teliti agar tanggungjawab lain iaitu sebagai isteri dan ibu tidak terabai. Namun bagi saya, melanjutkan pelajaran dalam keadaan anak-anak masih kecil lebih mudah berbanding mereka telah dewasa dan memerlukan perhatian yang lebih daripada ibu bapa dengan syarat setiap detik kita bersama anak-anak itu, ia adalah saat-saat bersama yang paling berkualiti.
Saya bersemangat baru hari ini, yang membara-bara. Namun doa, restu dan keredhaan suami tercinta adalah yang paling utama selepas Allah Taala kerana ia antara pemangkin kejayaan saya. Insya Allah.
Wasalam.
.: razyana :.
- Ilyana Ar Razi
- Kajang, Selangor, Malaysia
- HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






3 comments:
mg Allah berikan jalan yg terbaik buat akak...
ameen ...
salam,
i am responding to this question of yours: salam cik jingga, saya nak tahu cik jingga tinggal di hotel mana? di Kuta @ Legian?
we stayed at legian beach hotel..this is the site: http://www.legianbeachbali.com/aboutus.html ..the hotel is very nice and the service was excellent..it is near kuta town, very near indeed..but not too near..not noisy ..quite peaceful actually....however it doesnt have a private beach ie it shares the same kuta main beach, which is quite nice ...so that's that!
for other stuffs, i think i have written quite a bit in my blog..we had a great time there!
..enjoy your holidays!
Post a Comment