.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Monday, December 15, 2008

Selamat Pengantin Baru

Salam,

Pagi ni saya membuka blog Kak Ina, dapatlah saya menatap gambar pengantin baru di Irbid, Jordan. Tahniah saya ucapkan kepada Dr. Amir dan Zayyanni. Hubby memberitahu dia ada bertemu mereka sebelum sebelum majlis pernikahan, berkongsi hikmah suka duka pahit manis sebuah perkahwinan.

Bila dikenang kembali, kenangan saya bersama Zayyanni adalah semasa di rumah Dr. Aliaa, senior mereka di mana Zayyanni datang bertemu Aliaa untuk mengulangkaji pelajaran dan saya pastilah tumpang berborak. Selain, program-program lain yang kami bertemu. Dan yang paling saya tidak lupa ialah pada peringkat awal perkenalan kami, saya akan terkeliru di antara Zayyanni dan Siti Sarah Dardiri kerana bagi saya wajah mereka ada iras yang serupa. Tapi sekarang dah boleh beza :).

Dengan Dr. Amir, kenangan bersamanya ketika "projek" yang lakukan di MSD, Jordan.

Segalanya tinggal kenangan.

Semoga kalian berdua mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah.

Semoga kita bertemu lagi di lain waktu.

Salam sayang buat Zayyanni.

Wasalam.

2 comments:

silversarina said...

salam,

Tahniah dah dapat result cemerlang ,teruskan usaha untuk kejayaan lebih cemerlang.

Nanti next time ke KL akak memang nak jumpa you all semua, rindu kat Insyirah dan Amir yang comel tu .

Ilyana Ar Razi said...

salam,

kak raja, tq. insya allah.

kalau nak turun kl bgtahu la yer.