.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Monday, December 29, 2008

Family Day @ Pangkor

Salam,

Sejak Khamis hingga Ahad yang lepas kami sekeluarga bercuti, menziarahi sanak saudara di Perak dan Kedah. Sabtu dan Ahad kami menyertai Hari Keluarga ... di Pulau Pangkor, Perak.

Suatu kenangan yang manis dan indah dalam mengeratkan lagi silaturrahim antara kami yang bersatu hati kerana Allah. Insya Allah. Semoga amal dan usaha kami mendapat keberkatan dan keredhaan dariNya.

Walaupun hanya sehari program berlangsung, namun ia meninggalkan satu memori yang penuh suka tiada duka. Kini saya dan anak-anak dalam proses bersalin kulit selepas kesan berjemur lama di tepi pantai.

Dan yang paling penting, anak-anak tercapai impian dan angan-angan mereka untuk "mandi pasir" bersama abi mereka.

1 comment:

Unknown said...

memang best dapat wat rehlah family camni... ayu dari dulu punya impian nak adakan aktivity camni buat family kami... nampaknya kna tggulah balik malaysia nnti.. ;) dengan family ayu yg ramai tambah family abg yg x kurang juga ramainya..pasti riuh rendah!! hehe