.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Tuesday, December 23, 2008

Seharian

Salam,

Beberapa hari yang lalu saya menerima email dari Dr SSYA yang mengajak saya ke Majlis Taklimat Siswazah pada pagi semalam. Tujuannya ialah supaya saya mendapat pendedahan awal tentang pengajian Phd Undang-Undang yang ditawarkan sebelum saya membuat keputusan untuk menyambung lagi pengajian saya (insya allah).

Seperti biasa saya ditemani si dia yang setia.

Majlis ini amat berkesan dan baik kerana memberi saya banyak maklumat yang penting untuk diambil kira. Terima kasih saya ucapkan kepada Dr. SSYA yang bersungguh-sungguh mempengaruhi semangat saya untuk menyambung pengajian.

Selesai urusan di FUU, saya dan si dia ke Cyber Security Malaysia di Mines untuk bertemu Cik Ramona tetapi beliau telah keluar dan saya perlu datang semula sebelum 5 petang ini.

Maka, kami terus ke matlamat ke 3 kami hari ini iaitu untuk ke Bhg. Biasiswa, KPT di Putrajaya. Masih ada banyak masa sebelum waktu yang dijanjikan, maka kami ke Alamanda untuk makan tengahari di Food Court Alamanda. Dapatla saya melepaskan keinginan untuk menikmati Tenpayaki yang sekian lama di rindui.

Selesai makan-makan, kami ke Presint 2 semula untuk menepati temu janji yang dibuat. Selesai temujanji itu, kami ke Mines semula mendapatkan barang-barang yang saya perlukan dari Cik Ramona. Kami terus pulang ke rumah, tak larat dah nak singgah mana-mana. Dan yang penting, rasa rindu kat anak-anak.

Setiba di rumah, anak-anak menjerit gembira menyambut kepulangan kami. Sayu sangat hati saya melihatkan anak-anak yang ‘kesepian’ di rumah tanpa saya. Namun, inilah ‘pengorbanan’ mereka sebagai anak dan saya sebagai ibu, yang saya harap mendapat keredhaan Allah.

Paling sayu melihat si comel dan bulat, Isyraf yang teruja melihat kepulangan saya. Sedaya upaya Isyraf menggerakkan badannya ke arah saya. Melihat bibik yang keletihan agaknya menjaga anak-anak saya, saya bertanya khabar perihal anak-anak sepemergian saya. Saya berkata kepada bibik, “Bik, terima kasih jaga anak saya dengan baik. Semoga Allah pelihara anak-anak bibik di sana.” Bibik membalas, “Sama-sama Bos.”

Insyirah dan Amir mula menyampaikan laporan dan aduan mereka. Saya layan sahaja. Kemudian, kedua-duanya mula mengambil buku kerja untuk dibuat bersama saya. Ketika ini, rasa mengantuk yang amat sangat, tapi tak sanggup nak tolak permintaan anak-anak saya yang sentiasa bersemangat nak belajar. Akibatnya saya tersengguk-sengguk. Insyirah berkata, “Sian umi, penat yer. Umi tido dulu yer, nanti kita sambung belajar.” Saya hanya mengangguk.

Wasalam.

No comments: