Kembali kepada kalimah HIPOKRIT
Kalimah HIPOKRIT begitu jauh dari unsur Tauhid kepada Allah - sama perihalnya dengan kalimah MORAL - Barangkali, dengan kalimah HOPOKRIT ini, seseorang boleh berfikir begini :
"Ajaran Islam penuh dengan tanggungjawab dan amanah. Terdapat banyak kewajipan yang perlu dilaksanakan, terdapat banyak larangan yang perlu ditinggalkan. Diriku tidak sebaik mana untuk melaksanakan semua ini. Aku perlu jujur dan menerima seadanya keadaan diriku. Mengapa perlu hipokrit. Maka, untuk berlaku jujur, biarlah aku keluar dari Islam aku ini, kerana aku rasa aku tak mampu untuk menjadi Muslim yang diinginkan Allah. Tunggulah sehingga aku rasa aku mampu untuk menjadi MUSLIM SEJATI, akan aku masuk Islam semula."
Contoh di atas adalah contoh yang begitu ekstrim, barangkali tidak berpijak di alam nyata, tetapi kemungkinan untuk berlaku pasti ada, terutamanya dalam Dakwah kita kepada orang kafir supaya mereka memeluk Islam.
Ana berikan lagi beberapa contoh yang lebih hampir dengan kehidupan seharian :
1) Dalam konteks hubungan suami isteri. Si Isteri merajuk kepada si suami. Untuk tidak menjadi hipokrit, maka si isteri tidak melayani suami.

2) Dalam konteks hubungan dengan ibu bapa. Si anak berasa tidak puas hati dengan bapanya yang tidak membenarnya keluar malam. Untuk tidak hipokrit, si anak bersikap kurang ajar kepada si bapa sebagai tanda protes.
3) Dalam konteks pekerjaan. Si pekerja kadang-kala berasa malas utk bekerja. Untuk tidak hipokrit, dia ponteng kerja.
4) Dalam konteks belajar. Si pelajar tiba-tiba berasa malas untuk belajar. Untuk tidak hipokrit, dia tidak mengulang-kaji pelajarannya.
Namun, berlaku sedikit kepelikan dalam contoh 3 & 4. Biasanya, si pekerja pasti akan pergi kerja juga (dalam keadaan yang hipokrasi kerana dia sebenarnya pada ketika itu malas untuk bekerja). Si pelajar juga sanggup berada dalam hipokrasi, dia akan mengulangkaji juga walaupun sebenarnya dia malas.
Kenapa begitu?
Ini kerana, si pekerja ada kepentingan dalam pekerjaannya, dia ingin dapatkan gaji bulanan dan tidak mahu dibuang pekerjaan.
Ini kerana si pelajar juga ada kepentingan, dia ingin mendapatkan sijil yang dia anggap sebagai masa depan rezekinya.
Maka, jika kita ada kepentingan peribadi, kita sanggup untuk berada dalam keadaan HIPOKRASI demi menjayakan kepentingan peribadi tersebut. Sebaliknya, jika kita tiada kepentingan, maka kita akan menjadikan "Aku tidak mau hipokrit" sebagai alasan unggul untuk kita 'mengelak' daripada melakukan sesuatu perkara.
Di sini timbul satu persoalan bagi mereka yang suka melaksanakan sesuatu berdasarkan kepada kepentingan dan keperluan diri : Adakah kita berkepentingan untuk sentiasa menjaga hemah kita apabila berinteraksi sesama manusia?
Jika kita memandang manusia itu sebagai manusia, memang kita tiada kepentingan untuk 'berhemah' kepadanya. Maka, apabila kita dianjurkan supaya lebih berhemah, kita akan memberikan alasan begitu dan begini, dan kemuncak kepada alasan tersebut adalah "Aku tidak mahu HIPOKRIT" dan "Inilah realiti ..."
Jika memandang manusia sebagai HAMBA, kita pasti akan tertanya-tanya, siapakah TUAN kepada HAMBA ini, maka jawapannya adalah : ALLAH itulah TUAN kepada si HAMBA. Kemudian kita memandang jauh di sudut hati sendiri seraya bertafakkur :
"Bukankah aku ini bertuhankan Allah, dan sentiasa mengharapkan KASIH SAYANG ALLAH? Maka, adakah aku akan disayangi ALLAH kalau aku tidak menyayangi HAMBA-HAMBA ALLAH yang lain? Adakah aku akan diambil peduli oleh ALLAH kalau aku mengambil sikap tidak peduli kepada HAMBA-HAMBA ALLAH yang lain? HAMBA ini ALLAH yang punya. ALLAH itu juga yang sentiasa aku harapkan. Maka, aku akan cuba untuk menjaga HAMBA ini, mudah-mudahan aku dijaga oleh ALLAH dalam keadaan aku ini juga adalah HAMBA ALLAH."
Ya, kita memang begitu berkepentingan untuk menjaga adab dalam berinteraksi sesama kita kerana kita semua adalah HAMBA ALLAH yang sama-sama mengharapkan RAHMAT ALLAH.
Jika demi kepentingan wang ringgit dan keduniaan, kita sanggup berHIPOKRIT dengan bekerja walaupun culas; dengan belajar walaupun malas; maka apa pula tindakan kita untuk mendapatkan "KEPENTINGAN RAHMAT ALLAH" ?
Kalau kita kata : "Baiklah... aku sedia untuk berHIPOKRIT demi untuk mendapatkan RAHMAT ALLAH..." Maka ungkapan ini dilihat sebagai bertentangan dan tidak selari dengan SYARIAT ALLAH. Bagaimana mungkin kita memperolehi RAHMAT ALLAH tatkala tindakan kita tidak berdasarkan SYARIAT ALLAH?
Apa yang kita perlu lakukan ...? BerHIPOKRIT atau berMUJAHADAH ?
* Bersambung

No comments:
Post a Comment