Lupakan HIPOKRIT, pasakkan MUJAHADAH
HIPOKRIT banyak mengundang konflik dalam kehidupan. Impaknya begitu buruk dalam segenap keadaan, lebih lagi keadaan kita yang mengaku beriman dan TAUHID kepada Ar-Rahman. Sebagai penyelesaian, padamkan sahaja kalimah HIPOKRIT dalam kamus kehidupan kita. Sebenarnya, tiadapun yang diistilahkan sebagai HIPOKRIT dalam Syariat Islam yang kita anuti dan yakini kemuliaannya ini.
Kalimah HIPOKRIT tidak dapat menempati kalimah MUNAFIQ sebagaimana kalimah MORALITI tidak dapat menempati kalimah AKHLAK.
Maka, lupakanlah istilah HIPOKRIT, fokuskan kepada MUJAHADAH, ISTIKHLAS, IKHLAS, MUNAFIQ. Untuk itu, mudah-mudahan tiada lagi sebarang halangan untuk kita menyambut seruan Allah untuk menjadi yang 'AHSAN'[1] daripada HASAN.
Apa pula selepas MUJAHADAH???
Sekarang, kita sudah 'tidak mengetahui' kalimah HIPOKRIT, yang kita faham hanyalah MUJAHADAH. Tiada lagi PURA-PURA, yang ada hanyalah ISTIKHLAS. Tidak timbul lagi soal untuk JUJUR DENGAN DIRI, sebaliknya tumpuan kita hanyalah untuk menuju IKHLAS KEPADA ALLAH.
Dengan andaian semua kita dalam suasana di atas, dan inilah IKLIM yang kita bina sesama kita, maka itulahlah titik tolak kepada Husnuzzon dan Salamatussodri sesama sahabat. Barulah kita mampu `menahan perasaan` terhadap sahabat-sahabat, kerana kita memahami bahawa dia sekarang sedang BERMUJAHADAH, adakalanya dia berjaya, mungkin kadang-kala dia gagal. Jika dia berjaya, kita turut sama bersyukur[2] sebaliknya jika dia gagal, kita mampu bersabar untuk berhadapan dengannya seraya berdoa kepadanya agar beroleh kejayaan semula dalam MUJAHADAHnya.[3]
Dengan Husnozzan dan Salamatussodri sebegini, barulah membibitkan kembang bunga dalam persahabatan. Sama-sama dapat saling mengingatkan dan mempertahankan mujahadah masing-masing menuju maqam IKHLAS kepada ALLAH. Barulah kemanisan madu dalam bunga persahabatan dapat dirasai bersama. Maka, mekarlah bunga-bunga kita dalam jemaah (baca : taman) ... seraya menghasilkan suasana yang begitu menarik minat sekalian manusia dan sekalian makhluk lantas semuanya singgah dan menetap di taman (baca : jemaah) yang kita berintima' dengannya ini.
Itulah hakikatnya 'Dakwah Bil Hal' yang dimulakan dengan Ukhwah Fillah, yang diasaskan dengan Husnuzzon dan Salamatussodri, yang lahir daripada sikap SALING BERMUJAHADAH, yang diasaskan dengan PENGHAPUSAN KEPADA KALIMAH HIPOKRIT.
Penutup Bicara Sebelum 'Mata Terlena'
Menyedari betapa besarnya impak negatif daripada kalimah HIPOKRIT ini, adalah dicadangkan supaya istilah ini dijadikan sebagai pembuka tirai sebelum memulakan tajuk-tajuk lain dalam kita berdakwah dan menjalankan usrah serta proses tarbiyah samada di kalangan ahli jemaah, persatuan, perkumpulan, sahabat2 serumah dan sebagainya.
Dengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم Kita mulakan /perbaharui MUJAHADAH kita sekarang...!
Allah SWT rahmati dan berkati MUJAHADAH kita ini, amin. AL-FATIHAH !

[1] Kalimah 'AHSAN' dalam pelbagai sighah disebutkan sebanyak 53 kali dalam Al-Quran. Ana masih tidak berkesempatan untuk mengkaji konteks dalam setiap ayat tersebut. Mungkin ada 'rahsia' atau 'Latoif' yang tersembunyi. Insya-Allah, akan diusahakan pada masa hadapan untuk dikongsi. Doakan .
[2] Bukannya mengatakan bahawa sahabat kita ni 'macam bagus' dan seumpamanya.
[3] Bukannya mengatakan bahawa sahabat kita ni 'cakap tak serupa bikin' dan seumpamanya.
Wasalam.

No comments:
Post a Comment