.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Sunday, December 14, 2008

Hipokrit : Halangan Pembentukan Akhlak Part 3

Oleh : Ar Razi @ Subulus As Salam @ Abu Amir

MUNAFIQ , ISTIKHLAS dan IKHLAS

Adakah apabila kita terasa malas nak solat, maka untuk tidak menjadi MUNAFIQ, kita tinggalkan solat itu? ATAU kita akan bersolat juga, cuba untuk IKHLAS melalui ISTIKHLAS (buat-buat ikhlas) sehinggalah kita mencapai maqam IKHLAS itu?

Adakah apabila kita terasa tak mahu melaksanakan kewajipan berjuang utk Islam, maka untuk tidak menjadi MUNAFIQ, kita tinggalkan kewajipan perjangan kita itu? ATAU kita akan berjuang juga, cuba untuk IKHLAS melalui ISTIKHLAS (buat-buat ikhlas) sehinggalah kita mencapai maqam IKHLAS itu?

Adakah apabila kita tahu sifat dan sikap kita boleh diperindahkan lagi, maka untuk tidak menjadi MUNAFIQ, kita berkekalan dengan sifat dan sikap kita yang lama? ATAU kita akan ubah juga sikap kita, cuba untuk IKHLAS melalui ISTIKHLAS (buat-buat ikhlas) sehinggalah kita mencapai maqam IKHLAS itu?

Begitulah seterusnya ... contoh-contoh di atas hanya sekadar contoh secara konseptual. Mungkin ada yang beralasan, kewajipan SOLAT itu disepakati WAJIB ... memanglah dia kena solat juga ...

Mungkin ada yang beralasan, nak berjuang ni ... tengoklah suasana kita juga ... tidak semestinya jatuh hukum wajib ... bla ... bla ... bla ...

Mungkin ada yang berasalan, sikap aku sekarang ni, bukannya berdosa pun, biasalah tu, cara adik-beradik, cara bersahabat, cara bertafahum sesama ahli jemaah. Inilah realiti dalam perjuangan ini, bla ... bla ... bla ...

Maka pada pendapat ana :

Allah tidak memandang buruk kepada hamba-hamba-Nya. Allah memandang hamba-hambaNya dengan pandangan yang HASAN (baik) tetapi Allah tetapkan mahukan yang AHSAN (lebih baik dari baik). Sama-samalah kita amati dan mengambil ibrah daripada kalimah 'AHSAN' yang disebutkan beberapa kali dalam Al-Quran. Dalam ertikata lain, asal sahaja kita ada ISLAM (yakni menganut ISLAM) Allah telah memandang kita sebagai BAIK (yakni BAIK berbanding kafir). Seterusnya, Allah inginkan kita menjadi LEBIH BAIK daripada keadaan kita yang sedia BAIK. Ini bermakna …

Menjadi MUSLIM yang hanya pada nama itu lebih baik daripada menjadi KAFIR.

Menjadi MUSLIM yang melaksanakan KEWAJIPAN lebih baik daripada hanya menjadi MUSLIM hanya pada nama.

Menjadi MUSLIM hanya melaksanakan KEWAJIPAN dan meninggalkan LARANGAN lebih baik daripada menjadi MUSLIM yang hanya melaksanakan KEWAJIPAN sahaja.

Begitulah seterusnya … sehingga tiada penghujung kerana sentiasa ada cara yang lebih baik, dan yang lebih baik itulah yang Allah mahukan (bukannya manusia), maka kalau kita cuba jadi yang lebih baik dari sekarang, bukannya untuk menarik perhatian manusia, tetapi hanyalah semata-mata sebagai MUJAHADAH kita dalam 'menyambut' motivasi yang 'dilontarkan' oleh Allah melalui Kalam-Nya dalam Al-Quran.

Dari sudut pandang yang lain pula, Allah SWT begitu 'berhemah' dan 'menjaga hati' hamba-hamba-Nya, sehingga tidak menyifatkan kepada hamba-hamba-Nya dengan sifat Qabih (buruk), sebaliknya, Allah menggunakan kalimah Ahsan[1] bagi memberi gambaran bahawa pandangan Allah kepada hamba-hamba-Nya adalah sentiasa BAIK, dalam keadaan Allah inginkan YANG TERBAIK. Oleh itu, sayugialah kita sebagai hamba untuk mencuba cuba sedaya-upaya untuk berhemah dalam interaksi kita sesama hamba. Iktibarnya ialah, kita sama-sama HAMBA. Tidaklah seharusnya HAMBA itu berasa lebih mulia dari HAMBA yang lain, melainkan ALLAH jualah YANG MAHA MULIA. Kita memuliakan manusia atas kedudukannya sebagai HAMBA kepada ALLAH, maka hakikatnya, bukan si manusia itu yang kita isbatkan kemuliaan, sebaliknya MULIA itu diisbatkan kepada ALLAH.


[1] {الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ }الملك2

No comments: